'Terima kasih Koperal Rodzery, Lans Koperal Muhammad Amirul'
Sinar Harian

'Terima kasih Koperal Rodzery, Lans Koperal Muhammad Amirul'

SEPANG - Tindakan pantas dua anggota polis berjaya membantu sebuah keluarga menemui semula anak perempuan mereka yang tertinggal di Hentian Rehat Sungai Merab, Lebuhraya Utara-Selatan dekat sini pada Isnin.Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, kejadian berlaku apabila seorang bapa memaklumkan kepada anggota polis yang sedang bertugas di sekatan jalan raya di bawah pentadbiran Balai Polis Dato Abu Bakar Baginda bahawa anak remajanya tertinggal di lokasi berkenaan.Beliau berkata, susulan maklumat itu, Koperal Rodzery Adderly Anak Raden bersama Lans Koperal Muhammad Amirul Fazid Mohamed Shukri segera mengambil tindakan dengan mengiringi keluarga terbabit ke hentian rehat berkenaan."Hasil usaha tersebut, remaja perempuan berkenaan berjaya ditemui dalam keadaan selamat," katanya dalam kenyataan pada Selasa.Norhizam berkata, pihak polis akan terus komited dalam memberikan bantuan kepada masyarakat bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan awam sentiasa terpelihara.

Go to News Site