Salah umum tinggalkan Liverpool hujung musim ini
Sinar Harian

Salah umum tinggalkan Liverpool hujung musim ini

MOHAMED Salah mengesahkan bakal menamatkan karier gemilangnya bersama Liverpool FC pada penghujung musim 2025-26.Penyerang Mesir itu dilaporkan telah mencapai persetujuan dengan pihak pengurusan The Reds untuk menutup tirai sejarah sembilan tahun yang penuh bermakna di Anfield.Menerusi satu kenyataan, Salah menyuarakan hasrat agar pengumuman itu dibuat seawal mungkin bagi memberikan ketelusan mengenai masa depannya selain sebagai tanda hormat dan penghargaan kepada para penyokong setia kelab itu.Sejak berhijrah dari AS Roma pada musim panas 2017, pemain jersi nombor 11 itu telah memahat nama sebagai salah seorang pemain teragung dalam sejarah Liverpool.Sepanjang tempoh tersebut, beliau menjadi watak utama dalam membantu kelab menjulang dua kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL), Liga Juara-Juara Eropah, Piala Dunia Kelab FIFA, Super Cup UEFA, Piala FA, dua trofi Piala Liga, serta Perisai Komuniti.Rekod jaringan Salah juga amat mengagumkan apabila beliau setakat ini telah meledak 255 gol dalam 435 penampilan sekali gus meletakkan dirinya di kedudukan ketiga dalam carta penjaring terbanyak sepanjang zaman Liverpool.Selain kejayaan berpasukan, Salah turut mengumpul pelbagai pengiktirafan peribadi termasuk memenangi Kasut Emas Liga Perdana Inggeris sebanyak empat kali.Bagaimanapun, Salah menegaskan tumpuannya ketika ini kekal sepenuhnya untuk membantu Liverpool mencapai keputusan terbaik bagi baki saingan musim ini.Majlis bagi meraikan legasi dan sumbangan besarnya dijangka akan diadakan pada penghujung tahun ini sebelum secara rasmi mengucapkan selamat tinggal kepada Anfield.

Go to News Site