Remaja lelaki maut terjatuh tingkat tujuh apartmen
Sinar Harian

Remaja lelaki maut terjatuh tingkat tujuh apartmen

SHAH ALAM – Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun ditemukan maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tujuh sebuah apartmen di Seksyen 19 di sini pada Selasa.Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Ramsay Embol berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira jam 6.44 petang."Mangsa ditemui orang awam kira-kira jam 4.20 petang, dalam keadaan tidak sedarkan diri di kawasan bawah bangunan sebelum dikejarkan ke Hospital Shah Alam untuk mendapatkan rawatan lanjut."Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di Zon Merah hospital berkenaan pada jam 5.40 petang," katanya dalam pada Rabu.Ramsay berkata, hasil siasatan di tempat kejadian tidak menemui sebarang unsur jenayah."Kes diklasifikasikan sebagai laporan kematian mengejut (SDR), bedah siasat akan dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kematian."Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu boleh menghubungi pegawai penyiasat kes Inspektor Zulhusni Hasani ditalian 011-39360779 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam di talian 03-55202222 bagi membantu siasatan," ujarnya.

Go to News Site