Harga emas turun mendadak dalam tempoh seminggu
Sinar Harian

Harga emas turun mendadak dalam tempoh seminggu

MACHANG – Harga emas di pasaran tempatan mencatat penurunan mendadak dalam tempoh seminggu sekali gus mendorong orang Kelantan menyerbu kedai emas walaupun baru sahaja menyambut Aidilfitri.Berdasarkan tinjauan Sinar Harian, harga emas 916 segram pada 15 Mac lalu direkodkan berjumlah RM607.72 sebelum mula menurun secara mendadak beberapa hari kemudian.Pada 18 Mac, harganya turun kepada RM598.89, diikuti RM584.19 pada 19 Mac.Harga terus merosot kepada RM539 pada 23 Mac dan RM525.73 pada Selasa.Secara purata, setiap penurunan ialah kira-kira RM14, menjadikan jumlah penurunan dalam tempoh seminggu sekitar RM82.Sebahagian penduduk Kelantan melihat situasi penurunan harga emas berkenaan sebagai peluang untuk membeli emas pada harga lebih rendah.Suri rumah, Raja Azizah Raja Yusoff, 58, berkata, dia tidak rungsing dengan turun naik harga emas sebaliknya mengambil kesempatan untuk terus menambah simpanan sewaktu harga rendah."Saya dapat tahu harga emas turun apabila ikuti perkembangan di media sosial."Tahu saja harga rendah terus datang beli sebentuk cincin dan akan datang membeli lagi jika terus turun selepas ini," katanya ketika ditemui di Pekan Machang di sini pada Selasa.Sementara itu, kakitangan awam, Siti Rahayu Mohd Taib, 45, menjangkakan penurunan harga emas tidak akan berpanjangan dan harganya akan meningkat semula pada bila-bila masa.Dia yang tinggal dan bekerja di Dungun, Terengganu itu juga memanfaatkan cuti beraya di kampung untuk membeli emas ketika harga rendah."Masih ada lagi duit simpanan sebab sambut Aidilfitri bersederhana dan tidak membazir."Cuti raya dengan keadaan emas murah sekarang memang masa sesuai untuk ambil peluang membeli," katanya.Dalam pada itu, pekerja kedai emas, Nurin Azman, 27, berkata, situasi penurunan emas dalam jumlah agak banyak itu adalah situasi pelik dan jarang berlaku."Biasa waktu negara luar berperang begini, emas akan naik. Sebelum satu Syawal lepas, memang dah ramai membeli dan sekarang emas turun pula, sudah tentu lebih ramai datang untuk mendapatkan emas," katanya.

Go to News Site