Sinar Harian
PENGURUS Arsenal, Mikel Arteta disaran untuk menggugurkan Bukayo Saka daripada kesebelasan utama selepas bintang England itu mempamerkan prestasi hambar ketika kekalahan skuad The Gunners dalam final Piala Liga menentang Manchester City, baru-baru ini.Saka yang sebelum ini menjadi watak penting dalam kebangkitan Arsenal sejak beberapa musim lalu, dilihat bergelut dengan prestasi musim ini apabila hanya berjaya meledak dua gol sejak awal Disember.Legenda bola sepak, Ally McCoist percaya walaupun Saka merupakan pemain yang hebat namun dia kini memerlukan masa di luar padang untuk mengembalikan semula sentuhannya.Malah, McCoist menegaskan bekas sayap Chelsea, Noni Madueke kini lebih layak diberikan peluang untuk memulakan perlawanan berbanding Saka."Saya pernah katakan kira-kira tiga atau empat bulan lalu, saya fikir Madueke pada waktu itu adalah prospek yang lebih baik."Bagi saya, Saka sedang mengalami penurunan prestasi. Saya tidak pasti sama ada ia melibatkan isu keyakinan atau perkara lain."Jika ditanya adakah saya akan merehatkannya selepas rehat antarabangsa? Jawapannya ya, saya mungkin akan melakukannya. Anda perlu memilih pasukan terkuat dan Madueke lebih berhak mendapat posisi kesebelasan utama ketika ini," katanya.Tambah McCoist lagi, tindakan merehatkan Saka buat seketika bukan sahaja akan membantu pasukan, malah memberi ruang kepada pemain itu sendiri untuk kembali lebih kuat."Dia pemain yang fantastik dan akan terus menjadi pemain hebat, tetapi pada masa ini, saya rasa dia perlu dikeluarkan seketika," ujarnya.
Go to News Site