Lelaki Orang Asli maut nahas libatkan kereta, lori
Sinar Harian

Lelaki Orang Asli maut nahas libatkan kereta, lori

ROMPIN - Seorang lelaki Orang Asli maut manakala anak saudaranya selamat selepas kereta dinaiki mereka terbabas ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan lori di Kilometer 119.5 Jalan Kuantan-Johor Bahru di sini pada Rabu.Dalam kemalangan kira-kira jam 6.40 pagi itu, mangsa, Mupais a/l Razali, 28, dari Perkampungan Orang Asli Batu 5, Jalan Sabak di sini disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.Ketua Polis Daerah Rompin, Superintenden Sharif Shai Sharif Mondoi berkata, anak saudara mangsa, Zamri a/l Zulkifli,19, tidak mengalami sebarang kecederaan.Menurutnya, pemandu lori berusia 31 tahun bersama kelindan, 40, juga tidak mengalami sebarang kecederaan."Hasil siasatan awal mendapati, lori jenis Hino FR2P dalam perjalanan dari arah Johor Bahru menghala ke arah Pekan manakala kereta dipandu mangsa dari arah Nenasi menghala ke Batu 3, Rompin."Ketika tiba di lokasi kejadian, kereta dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan terbabas masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan lori terbabit," katanya.Sharif Shai berkata, akibat kemalangan tersebut, mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia ditempat kejadian."Mayat mangsa dihantar ke Hospital Rompin untuk proses bedah siasat."Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Go to News Site