Sinar Harian
PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa menyegerakan siasatan berhubung dakwaan pemberian RM9.5 juta kepada seorang Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR).Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, tindakan itu perlu memandangkan ahli perniagaan, Victor Chin didakwa telah mengaku mengenai penyerahan wang berkenaan."Jika SPRM sudah selesai berhari raya, dimohon untuk siasat Victor Chin kerana sudah mengaku beri RM9.5 juta kepada seorang Ahli Parlimen PKR," katanya menerusi hantaran di laman Facebook pada Rabu.Terdahulu media melaporkan Victor yang terkait dengan skandal mafia korporat mendakwa seorang Ahli Parlimen PKR meminta beliau menyediakan wang tunai sebanyak RM10 juta bagi menyelesaikan skandal tersebut.Dalam dokumen setebal 40 halaman yang memperincikan kronologi peristiwa didakwanya itu, Victor bagaimanapun berkata, dirinya hanya menyediakan RM9.5 juta pada peringkat awal.Menurutnya, namun baki RM500,000 tidak pernah diserahkan kepada ahli Parlimen tersebut kerana isu berkenaan tidak diselesaikan.Dalam pada itu, Ahmad Fadhli yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas dalam masa sama turut mempersoalkan keperluan menunggu sebarang kelulusan sebelum siasatan dimulakan."Takkanlah nak tunggu kelulusan PMX (Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim) pula," katanya sinis.Sementara itu, Ahli Parlimen Pandan Datuk Seri Rafizi Ramli menerusi reaksi ringkasnya menafikan penglibatan dalam dakwaan tersebut."Bukan saya," jelas bekas Timbalan Presiden PKR itu.Beliau dalam nada berseloroh turut berkata, tidak menerima RM9.5 juta tetapi lemak di badan bertambah gara- gara sambutan Aidilfitri."Tapi sebab masih mood raya, saya komen esok saja lah," katanya.Terdahulu Victor mengeluarkan mesej kepada ahli Parlimen tersebut untuk memulangkan semula RM9.5 juta itu sebelum Isnin depan, sekiranya tidak mahu identiti didedahkan.Pada 16 Mac lalu, polis mengesahkan telah menyerbu beberapa premis milik tokoh korporat, Victor di sekitar Kemensah dan Sungai Long, Kajang.Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail dilaporkan berkata, serbuan bersama Suruhanjaya Sekuriti (SC) itu dilaksanakan bagi membantu siasatan kes di bawah AMLA.Dalam satu lagi kenyataan berbeza, Victor mengulangi rayuannya kepada Mohd Khalid untuk membongkar kebenaran di sebalik dakwaan skandal mafia korporat.
Go to News Site