Tun Faisal dakwa 'mafia korporat' operasi tersusun
Sinar Harian

Tun Faisal dakwa 'mafia korporat' operasi tersusun

SHAH ALAM – Pendedahan Victor Chin mengenai serahan wang sebanyak RM9.5 juta kepada seorang Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi menyelesaikan isu berhubung skandal 'mafia korporat' membuka satu naratif yang sangat serius.Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Tun Faisal Ismail Aziz berkata, perkara yang didedahkan bukan hanya konflik korporat biasa, sebaliknya melibatkan beberapa dakwaan antaranya ugutan bunuh terhadap individu utama, peletakan jawatan pengarah secara paksa, percubaan rampasan kawalan syarikat serta pembekuan akaun bank dan saham secara besar-besaran."Jika semua dakwaan Victor Chin benar, ia menunjukkan satu bentuk operasi yang tersusun, bukan tindakan individu tetapi rangkaian berkepentingan yang mempunyai akses kepada kuasa, sistem dan pengaruh."Daripada kronologi yang didedahkan, seolah-olah ada suatu pola yang konsisten dapat dilihat iaitu syarikat dengan kontrak kerajaan bernilai tinggi menjadi sasaran, tindakan melemahkan pihak lawan melalui ugutan, tekanan psikologi, ambil alih struktur dalaman dengan menukar lembaga pengarah dan memaksa peletakan jawatan, pemindahan saham dalam jumlah besar untuk mendapatkan majoriti, pembekuan akaun dan siasatan kewangan serta dakwaan bayaran untuk mendapatkan pengaruh," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Dalam pada itu beliau turut mendakwa, 'mafia korporat' yang merupakan gandingan ahli politik, penguat kuasa, penjenayah dan tokoh korporat membawa masyarakat menonton sambungan kepada trilogi filem 'The Godfather' karya Francis Ford Coppola versi Malaysia.Ini kerana menurutnya, ia bukan sekadar teori tetapi menyerupai model penguasaan korporat yang pernah didedahkan dalam laporan antarabangsa, termasuk Bloomberg mengenai kewujudan rangkaian elit korporat yang beroperasi dengan bantuan pengaruh politik dan sistem.Selain itu, Tun Faisal turut mendakwa, skandal berkenaan hanya di zaman pemerintahan kerajaan Madani dan istilah mafia korporat tiba-tiba muncul."Jika dakwaan dan pendedahan Victor Chin dan Bloomberg sebelum ini benar, bermaksud ini merupakan skandal dan rompakan paling besar dalam sejarah negara ini."Hanya di zaman ini kita dengar cerita lagenda tentang individu yang sangat berkuasa, kononnya kuasa dan pengaruhnya hingga ke istana, rangkaian taikun-taikun, penjawat di kementerian serta agensi-agensi penguatkuasaan dan undang-undang, sehinggalah ke peringkat 'underworld'."Hanya di zaman inilah jugalah kita dengar mengenai kisah agensi penguatkuasaan menjadi alat memeras ugut, merampas wang, aset dan saham sehingga ke peringkat mengambil alih syarikat. Semua ini amat menakutkan," ujarnya.

Go to News Site