'Anak siapalah lari ke tengah jalan waktu malam?'
Sinar Harian

'Anak siapalah lari ke tengah jalan waktu malam?'

KUALA PILAH - Satu rakaman video tular memaparkan seorang kanak-kanak kecil berlari ke tengah jalan raya yang sesak pada waktu malam sebelum diselamatkan orang awam.Menerusi keterangan video, kejadian itu dikatakan berlaku jam 9.15 malam di Jalan Terachi di sini.Pemilik akaun Threads yang menggunakan nama 'raihanhalim' mengakui video tersebut dirakam kamera papan pemuka (dashcam) kenderaannya.Dia turut memohon maaf kerana tidak segera turun dari kenderaan untuk membantu menyelamatkan kanak-kanak terbabit."Saya minta maaf dekat sini. Saya pemilik dashcam itu. Saya memang nak turun selamatkan budak itu, tapi mak saya ulang-ulang cakap jangan."Pertama saya risau saya dan mak saya saja yang nampak. Jadi saya minta maaf lagi sekali sebab tak turun selamatkan budak itu lebih awal," tulisnya.Sinar Harian difahamkan, ketika kejadian, lelaki itu bersama keluarganya dalam perjalanan pulang ke Lukut, Port Dickson selepas beraya di rumah rakan ibunya di Batu Kikir.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintenden Muhamad Mustafah Hussin berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut berkenaan kejadian terbabit dan kenyataan rasmi akan dikeluarkan.

Go to News Site