Feri Langkawi bakal gulung tikar jika trip tidak dikurangkan
Sinar Harian

Feri Langkawi bakal gulung tikar jika trip tidak dikurangkan

LANGKAWI – Industri pengangkutan feri ke pulau peranginan ini berdepan risiko gulung tikar sekiranya langkah pengurangan jadual perjalanan tidak dilaksanakan segera susulan lonjakan mendadak harga diesel industri.Pengurus Besar Langkawi Ferry Line Ventures Sdn. Bhd., Dr. Baharin Baharom berkata, kenaikan kos bahan api yang melebihi 100 peratus memberi tekanan besar kepada pengusaha sehingga operasi harian tidak lagi mampan untuk diteruskan seperti biasa.Menurutnya, pengusaha feri terpaksa mengambil langkah menyusun semula jadual perjalanan dengan mengurangkan kekerapan daripada lima kepada hanya tiga perjalanan sehari bermula Rabu."Keputusan ini dibuat sebagai langkah penstabilan bagi memastikan operasi feri tidak dihentikan sepenuhnya kerana peningkatan kos diesel telah memberi kesan langsung kepada perbelanjaan operasi termasuk bahan api, penyelenggaraan dan logistik."Pengurangan jadual ini bukan satu pilihan, tetapi keperluan untuk memastikan perkhidmatan feri terus bertahan. Jika tiada penyesuaian dilakukan, industri ini berisiko untuk tidak dapat beroperasi dalam tempoh terdekat," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.Dalam pada itu, beliau menjelaskan terdapat pihak yang menyalahkan pengusaha feri berhubung pengurangan jadual tersebut kerana didakwa menjejaskan kemudahan pengguna.Jelasnya, pihak berkaitan perlu mengambil kira realiti sebenar yang dihadapi industri ketika ini."Untuk rekod, kadar tambang feri ke Langkawi adalah antara yang paling rendah di Malaysia, iaitu sekitar 88 sen bagi setiap batu nautika."Ia jauh lebih rendah berbanding laluan ke pulau lain seperti Pulau Tioman dan Pulau Pangkor yang mencecah sekitar RM2.00 bagi jarak yang sama," ujarnya.Tambah beliau, kadar tambang yang rendah itu selama ini dikekalkan bagi memastikan akses pelancongan yang mampu milik kepada orang ramai.Namun, dalam situasi kos operasi yang meningkat secara mendadak, ia kini menjadi cabaran utama kepada kelangsungan perniagaan pengusaha feri.Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan jadual perkhidmatan feri ke Langkawi akan dikurangkan daripada lima kepada tiga perjalanan sehari selepas Hari Raya Aidilfitri susulan kenaikan harga diesel industri.Langkah tersebut dilihat sebagai usaha sementara bagi mengawal kos operasi yang semakin meningkat, namun penyelesaian jangka panjang amat diperlukan bagi memastikan kelangsungan industri berkenaan.Justeru, pengusaha berharap agar pihak berkaitan dapat mempertimbangkan bantuan sewajarnya termasuk sokongan dasar atau mekanisme subsidi bagi memastikan perkhidmatan feri ke Langkawi terus kekal beroperasi.

Go to News Site