Sinar Harian
SHAH ALAM - Kenaikan harga minyak merupakan isu global yang perlu ditangani sama ada dari pihak kerajaan mahupun pembangkang.Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, peningkatan yang berlaku sejak sekian lama itu bukanlah disebabkan tindakan sesuka hati kerajaan sebaliknya dipengaruhi harga minyak di pasaran dunia."Walaupun pembangkang ketika pemerintahan BN dahulu mengkritik dan menghina kerajaan akibat kenaikan harga minyak ketika itu,tetapi bagi kami isu kenaikan harga minyak ini adalah isu global yang perlu ditangani bersama baik dari kerajaan mahupun pembangkang."Perkara ini adalah untuk kebaikan rakyat bukan menunggang isu ini untuk memperbodohkan pemikiran rakyat," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Khamis.Menurut beliau, pihaknya akan menganjurkan Rundingan Meja Bulat Nasional 2.0 (Rimbun 2.0) dalam tempoh terdekat bagi membincangkan isu tersebut.Tambah Muhamad Akmal, Rimbun 2.0 menghimpunkan pakar-pakar ekonomi, profesional bidang minyak dan gas serta pemain-pemain industri yang terlibat daripada kenaikan harga minyak."Kita duduk bersama dan kita bincangkan cadangan yang boleh diangkat kepada pihak kerajaan untuk kebaikan rakyat."Saya juga menjemput semua pihak untuk hadir termasuklah dari parti kerajaan mahupun pembangkang untuk kita dengar serta bincang bersama dengan hati dan pemikiran yang terbuka"Ini bukan masa untuk pemimpin bergaduh, ini masa untuk kita buat satu keputusan yang terbaik untuk rakyat Malaysia. Kami tidak janji kosong,tapi kami bawakan solusi yang terbaik untuk kita semua," ujar beliau.
Go to News Site