MCA minta kerajaan pertimbang subsidi diesel untuk bas persiaran
Sinar Harian

MCA minta kerajaan pertimbang subsidi diesel untuk bas persiaran

SHAH ALAM - Kerajaan diminta mempertimbangkan semula kemasukan pengusaha bas persiaran dalam Skim Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS 2.0) dan menyediakan garis masa pelaksanaan yang jelas susulan kenaikan harga diesel berterusan di negara ini.Pengerusi Biro Pelancongan MCA, Lawrence Chiew Kai Heng berkata, langkah itu bagi menstabilkan industri dan memastikan negara kekal berdaya saing dalam pasaran pelancongan serantau.Ujar beliau, skim subsidi tersebut merupakan langkah asas bagi memastikan pakej pelancongan kekal berpatutan, terutama dengan peningkatan ketibaan pelancong hujung minggu iaitu pada 3 hingga 6 April depan."Dengan negara jiran memasuki tempoh cuti panjang, Malaysia berpotensi mendapat manfaat daripada peningkatan perjalanan serantau."Namun ketika ini, pengusaha pelancongan tempatan terpaksa menanggung peningkatan kos operasi hingga 30 peratus kerana bas pelancongan tidak termasuk dalam skim subsidi diesel kerajaan."Kenaikan kos ini berisiko menjejaskan reputasi Malaysia sebagai destinasi yang mampu milik," katanya.Menurut Lawrence, pengalaman lalu ketika dunia mendepani pandemik Covid-19 menunjukkan bahawa sektor pelancongan sangat terdedah ketika tempoh gangguan."Sektor pelancongan sering menjadi yang pertama terjejas dan terakhir pulih. Situasi semasa mencerminkan corak sama, dengan ketidaktentuan geopolitik menambah kepada peningkatan kos domestik."Pengecualian berterusan pengusaha bas persiaran daripada subsidi diesel hanya memburukkan lagi keadaan ini."Walaupun sebelum ini terdapat jaminan bahawa Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Kementerian Pengangkutan (MOT) dan Kementerian Kewangan (MOF) akan menangani isu ini, masih tiada hasil atau garis masa yang jelas," ujarnya.Kata beliau, kelewatan tindakan dalam menangani isu berkenaan dibimbangi boleh menjejaskan sasaran pelancongan kerajaan."Pengusaha bas persiaran merupakan antara yang paling terjejas, kerana mereka masih tidak termasuk dalam skim subsidi diesel yang diberikan kepada sektor lain."Ketiadaan sokongan ini amat membimbangkan dalam keadaan ketegangan geopolitik di Asia Barat yang turut menyumbang kepada tekanan kos secara keseluruhan," kata beliau.

Go to News Site