Sinar Harian
BACHOK – Polis giat mengesan seorang lelaki tempatan yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Kampung Tepus, Gunong di sini sejak 19 Mac lalu.Ketua Polis Daerah Bachok, Superintenden Mohamad Ismail Jamaluddin berkata, lelaki berkenaan, Wan Mohd Azwan Wan Mohamad Abdul Rawi, 40, yang merupakan orang kurang upaya (OKU) mental, dilaporkan tidak pulang ke rumah sejak tarikh berkenaan.Menurut beliau, laporan kehilangan mangsa dibuat oleh abangnya di Balai Polis Gunong pada 21 Mac kira-kira jam 12.30 tengah hari selepas gagal menghubunginya."Sehingga kini, mangsa masih belum ditemui dan usaha mengesannya sedang giat dijalankan," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.Ujar beliau, mangsa berketinggian kira-kira 168 sentimeter dengan berat sekitar 80 kilogram, berkulit sawo matang, berjambang dan berambut lurus.Tambahnya, ketika keluar dari rumah, mangsa dipercayai memakai jaket, namun warna dan butiran lain pakaian tidak dapat dipastikan."Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta tampil membantu dengan menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bachok di talian 09-7788222."Kerjasama masyarakat amat diperlukan bagi membantu mengesan mangsa dengan segera," ujarnya.
Go to News Site