Warga asing ditahan rogol kekasih bawah umur
Sinar Harian

Warga asing ditahan rogol kekasih bawah umur

TAWAU - Pertengkaran antara pasangan kekasih membawa kepada pembongkaran kes rogol melibatkan seorang remaja bawah umur dalam kejadian di sebuah kampung di daerah ini.Difahamkan, kejadian melibatkan mangsa berusia 14 tahun dan suspek lelaki berusia 20 tahun itu berlaku di sebuah rumah tidak bernombor di kawasan berkenaan ketika ketiadaan ahli keluarga di rumah.Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, kejadian terbongkar selepas berlaku pertengkaran antara mangsa dan suspek sebelum mangsa tampil membuat laporan polis."Semasa kejadian, mangsa berada di rumah sebelum menjadi mangsa rogol oleh lelaki yang dikenalinya," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Susulan laporan itu, pihak polis menjalankan siasatan sebelum berjaya menahan suspek yang juga seorang lelaki warga asing dengan bantuan penduduk setempat."Suspek ditahan di hadapan sebuah rumah tidak bernombor di kawasan berkenaan," katanya.Beliau berkata, suspek kemudian dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut."Kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan," katanya.

Go to News Site