Sinar Harian
MOHAMED Salah dijangka tidak akan meneruskan karier di Amerika Syarikat (AS) apabila Liga Bolasepak Utama (MLS) bukan lagi pilihan utama selepas beliau meninggalkan Liverpool pada penghujung musim ini.Laporan The Athletic menyebut beberapa kelab MLS tidak memasukkan nama pemain Mesir itu dalam perancangan mereka, sekali gus meredakan spekulasi mengenai perpindahannya ke liga berkenaan.Antara kelab yang dikaitkan sebelum ini, San Diego FC dilaporkan tidak melihat Salah sebagai sasaran yang selari dengan falsafah pasukan, manakala Chicago Fire juga tidak menunjukkan minat.Situasi itu menjadikan peluang Salah beraksi di AS semakin tipis, walaupun New York City FC masih belum menutup sepenuhnya pintu rundingan, namun tiada sebarang langkah konkrit diambil setakat ini.Pesuruhjaya MLS, Don Garber sebelum ini mengakui pemain berprofil tinggi seperti Salah mampu memberi impak besar kepada liga itu."Beliau akan menjadi pemain yang luar biasa di MLS dan kami mampu menyediakan platform terbaik untuknya," katanya.Dalam perkembangan sama, Liga Pro Saudi kini dilihat sebagai destinasi lebih realistik, berikutan kekuatan kewangan kelab-kelab di negara berkenaan untuk mendapatkan pemain bertaraf dunia.Al-Ittihad sebelum ini pernah mengemukakan tawaran hampir AS$200 juta (RM798 juta) pada 2023, namun ditolak Liverpool, sementara Al-Qadsiah turut dilaporkan berminat mendapatkan khidmatnya.Keperluan mencari bintang baharu susulan perubahan dalam skuad, termasuk ketiadaan Karim Benzema, menjadikan Salah antara calon utama untuk mengisi peranan berkenaan.Perkembangan itu menguatkan lagi kemungkinan pemain berusia 33 tahun itu bakal berhijrah ke Asia Barat sebaik meninggalkan Anfield.
Go to News Site