Penghantar p-hailing maut, langgar kereta rosak di LDP
Sinar Harian

Penghantar p-hailing maut, langgar kereta rosak di LDP

PETALING JAYA – Seorang penghantar p-hailing maut selepas motosikal yang ditunggangnya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Kilometer 3, Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), di sini pada Khamis.Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan M. Hussin Sollehuddin Zolkifly berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira jam 1.50 tengah hari."Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku pada jam 1.40 tengah hari. Mangsa merupakan lelaki warga tempatan berusia 38 tahun yang menunggang motosikal di laluan berkenaan sebelum melanggar bahagian belakang sebuah kereta yang berhenti di lorong kiri jalan akibat mengalami kerosakan," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987."Orang ramai yang menyaksikan kejadian itu diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat trafik, Inspektor Jayseelan Suppaya di talian 011-10252531 atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di talian 03-79662222," katanya.Dalam pada itu, M. Hussin Sollehuddin menasihatkan pengguna jalan raya agar sentiasa mematuhi undang-undang serta peraturan bagi mengelakkan kemalangan."Polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pengguna jalan raya yang gagal mematuhi peraturan dan tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang melanggar undang-undang," ujarnya.

Go to News Site