Litar COTA mirip Aragon
Sinar Harian

Litar COTA mirip Aragon

PELUMBA muda negara, Muhammad Hakim Danish Ramli berpeluang melakukan kejutan pada pusingan ketiga Kejuaraan Motosikal Dunia di Grand Prix (GP) Amerika Syarikat yang berlangsung hujung minggu ini di Litar Americas (COTA) di Austin, Texas.Hakim Danish memiliki rekod cemerlang di litar berbentuk anticlockwise (lawan arah jam), termasuk kemenangan di Red Bull MotoGP Rookies Cup 2025 di Aragon, Sepanyol iaitu litar yang menampilkan banyak selekoh kiri mirip karakter COTARekod ini dijangka menjadi aset penting bagi pelumba kelahiran Kuala Terengganu itu untuk bersaing dengan pelumba lain.Namun, pusingan ketiga musim ini turut menjadi ujian getir bagi Hakim Danish memandangkan ini kali pertama beliau beraksi di COTA.Pengurus pasukan SIC Racing, Zulfahmi Khairuddin berkata, litar di Austin terkenal sebagai antara trek paling mencabar dalam kalendar perlumbaan, terutama Sektor 1 dan Sektor 2 yang mempunyai selekoh teknikal memerlukan kelancaran tunggangan serta momentum tinggi."Ia satu cabaran besar buat Hakim Danish kerana ini kali pertama dia akan berlumba di sini."Litar ini sangat mencabar dan tidak mudah untuk dikuasai, terutamanya di Sektor 1 dan Sektor 2," kata Zulfahmi.Bagaimanapun, Zulfahmi optimis Hakim Danish mampu menyesuaikan diri dengan cepat berdasarkan peningkatan prestasi ditunjukkan minggu lalu di GP Brazil.Pada sesi kelayakan GP Brazil, Hakim Danish meraih tempat ketiga dan memulakan perlumbaan dari barisan hadapan sebelum menamatkan perlumbaan dalam kelompok 10 terbaik, sekali gus mengutip enam mata berharga."Saya yakin keputusan cemerlang di GP Brazil memberikan Hakim Danish keyakinan tambahan untuk menghadapi Litar COTA."Harapan saya supaya dia dapat mempelajari selok-belok litar ini dengan pantas dan mengekalkan tahap prestasi sama seperti di Brazil," tambah Zulfahmi.Walaupun kini berada di tangga ke-13 dengan enam mata dalam kedudukan keseluruhan Moto3 2026, pengalaman Hakim Danish di litar anticlockwise memberinya kelebihan strategik dan potensi untuk mengejutkan pelumba lain.

Go to News Site