Polis minta bantuan orang ramai kesan lelaki hilang
Sinar Harian

Polis minta bantuan orang ramai kesan lelaki hilang

PETALING JAYA – Polis meminta kerjasama orang ramai mengesan seorang lelaki berusia 33 tahun yang dilaporkan hilang sejak 15 Mac lalu.Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan M Hussin Sollehuddin Zolkifly berkata, pihaknya menerima laporan kehilangan Cheah Yew Wei pada jam 9.52 pagi Rabu."Berdasarkan maklumat, lelaki itu dilaporkan kali terakhir dilihat berada di kawasan rimba Kota Damansara di sini pada jam 8 malam, 15 Mac lalu," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.M Hussein Sollehuddin berkata, lelaki itu berketinggian kira-kira 178 sentimeter, berat 100 kilogram, berbadan sederhana, berkulit cerah, berkaca mata dan pakaian terakhir seluar panjang serta singlet warna hitam."Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai lelakiberbabit supaya tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di talian 03-79662222."Maklumat juga boleh disalurkan terus kepada Pegawai Penyiasat Sarjan Mejar Roszaidi Abdul Talib ditalian 019-3778383 atau 03-61421222," katanya.

Go to News Site