Sinar Harian
KUALA TERENGGANU – Seorang pesara berusia 63 tahun kerugian sebanyak RM96,000 selepas dipercayai menjadi mangsa penipuan pelaburan dalam talian yang dipromosikan melalui aplikasi WhatsApp sejak 2022.Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, wanita berkenaan membuat laporan polis pada jam 6.30 petang Khamis selepas menyedari diperdaya apabila tidak menerima sebarang pulangan seperti dijanjikan.Menurutnya, mangsa mendakwa telah menyertai satu skim pelaburan yang dinamakan Labuan dan diperkenalkan melalui aplikasi WhatsApp."Sepanjang tahun 2022 hingga 14 Mac 2026, mangsa telah melakukan sebanyak 50 transaksi ke dalam 15 akaun bank berbeza dengan jumlah keseluruhan RM96,000."Bagaimanapun, mangsa tidak pernah menerima sebarang pulangan hasil pelaburan tersebut dan mula mengesyaki dirinya ditipu," katanya dalam kenyataan di sini pada Jumaat.Azli berkata, sumber kewangan yang digunakan mangsa adalah daripada wang simpanan serta pampasan pencen miliknya.Beliau berkata, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana kesalahan menipu."Siasatan lanjut berhubung kes ini masih diteruskan," ujarnya.
Go to News Site