Jaga-jaga pemandu 'potong Q', anda sedang diperhatikan
Sinar Harian

Jaga-jaga pemandu 'potong Q', anda sedang diperhatikan

SEREMBAN - Sikap segelintir pemandu yang gemar memotong barisan atau 'potong Q' serta menggunakan lorong kecemasan di negeri ini mengundang padah apabila disaman polis trafik.Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Negeri Sembilan, Superintenden Roslan Mohamed @ Ab Aziz berkata, sepanjang Op Selamat sempena Aidilfitri ini, sebanyak 123 saman dikeluarkan bagi kesalahan terbabit."Secara keseluruhan, sebanyak 7,291 saman atas pelbagai kesalahan trafik dikeluarkan sepanjang operasi itu yang bermula dari 19 hingga 24 Mac lalu."Daripada jumlah tersebut, kesalahan memotong barisan dan menggunakan lorong kecemasan agak tinggi direkodkan," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.Menurutnya, kesalahan memotong barisan dikesan banyak berlaku di Jalan Seremban-Kuala Pilah dan Jalan Rasah, manakala penggunaan lorong kecemasan di lebuh raya.Ujarnya, tindakan pemandu berkenaan bukan sahaja boleh menyebabkan kesesakan jalan raya, tetapi turut membahayakan pengguna lain.

Go to News Site