Mafia korporat: ‘Mr R’ peguam, pengarah eksekutif syarikat teknologi - Rafizi
Sinar Harian

Mafia korporat: ‘Mr R’ peguam, pengarah eksekutif syarikat teknologi - Rafizi

SHAH ALAM – Bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli, mendakwa individu yang dikenali sebagai ‘Mr R’, yang didakwa oleh ahli perniagaan, Victor Chin, terlibat sebagai orang tengah dalam kegiatan mafia korporat, merupakan seorang peguam.Ahli Parlimen Pandan itu berkata, individu yang dirujuk sebagai Mr R didakwa memegang jawatan sebagai pengarah eksekutif sebuah syarikat teknologi selain berperanan sebagai penasihat korporat syarikat NexG."Netizen masih lagi kecoh mengenai siapa Mr R yang dituduh oleh Victor Chin terkait dengan geng mafia korporat. Walaupun saya sudah terangkan semalam bahawa isu Mr R dan Ahli Parlimen PKR yang menerima RM9.5 juta itu dua isu berbeza, teka-teki siapa Mr R ini masih kencang."Sebelum itu, kita imbas kembali. Ada dua isu berbeza, pertama, Ahli Parlimen PKR yang dituduh menerima RM9.5 juta daripada Victor Chin untuk ‘kawtim’ kes mafia korporat cuba mengambil alih NexG."Saya sudah terangkan semalam, berdasarkan maklumat yang diberikan oleh Victor Chin sendiri, kita boleh simpulkan Ahli Parlimen ini mestilah seorang yang berjawatan kanan dalam PKR, mempunyai pengaruh dan akses terus kepada Perdana Menteri," katanya menerusi rakaman video di Facebook pada Khamis.Ujarnya, isu kedua pula mengenai Mr R yang menurut Victor Chin, menjadi orang tengah, operator atau perantara komunikasi antara geng mafia korporat dengan pemegang saham NexG yang ditekan pihak berkuasa untuk menyerahkan saham mereka secara percuma kepada kumpulan tersebut.Dalam video sama, Rafizi turut berkongsi beberapa petikan komunikasi antara Victor Chin dan Mr R, membabitkan komunikasi bermula 18 Oktober 2025 selepas pihak berkuasa membekukan akaun syarikat tertentu."Maklumat awam yang boleh disahkan mengenai siapa Mr R ini ialah operator kepada bosnya. Bosnya berada di satu pihak yang dipanggil mafia korporat oleh Victor Chin yang dituduh cuba merampas saham NexG dengan menggunakan tekanan daripada pihak berkuasa. Ini bermakna bosnya mempunyai pengaruh dengan kerajaan."Semakan terhadap pengumuman di Bursa Malaysia menunjukkan individu yang merupakan penasihat korporat NexG dan pengarah syarikat berkenaan adalah seorang peguam serta rakan kongsi sebuah firma guaman," katanya.Menurut Rafizi, tuduhan yang dibuat oleh Victor Chin terhadap Mr R itu sebenarnya telah dibuat secara terbuka dan dilaporkan oleh media sebelum ini.Ujarnya, Pengerusi Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif NexG, Datuk Abu Hanifah Noordin, pada 10 Mac lalu telah mendedahkan perkara sama mengenai peranan Mr R dalam usaha menyerahkan sebahagian kontrak NexG kepada syarikat lain."Maklumat daripada komunikasi Victor Chin dan Mr R memberi gambaran bahawa bos Mr R mempunyai pengaruh untuk mengarahkan pihak berkuasa membeku atau menyahbekukan akaun bank dan akaun saham."Bosnya juga adalah sebahagian daripada geng mafia korporat yang mengaku menjadi pemilik NexG selepas saham dipindahkan, selain mendakwa telah mempengaruhi Perdana Menteri untuk memberikan kontrak MyKad dan pasport kepada NexG."Bagaimanapun, ada persoalan lebih besar yang memerlukan Perdana Menteri memberikan respons. Saya sudah tunaikan janji saya untuk mendedahkan siapa Mr R," katanya.

Go to News Site