Minta wang perlindungan di pusat urut: Dua ahli MPP WP nafi dakwaan
Sinar Harian

Minta wang perlindungan di pusat urut: Dua ahli MPP WP nafi dakwaan

SHAH ALAM – Dua ahli Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan (MPPWP) menafikan dakwaan bahawa mereka meminta wang daripada sebuah pusat urut, dipercayai berlaku di Wangsa Maju.Memetik laporan Malaysiakini pada Jumaat, kedua-dua individu berkenaan ialah Timbalan Pengerusi MPPWP Sub Zon 2 Wangsa Maju, R. Vijeyndran dan Pengerusi Sub Zon 6 Wangsa Maju, G. Paarthiydasan.Mereka menegaskan kehadiran ke premis tersebut adalah atas urusan rasmi, susulan aduan yang diterima daripada komuniti setempat berhubung operasi premis berkenaan.Mereka juga turut membuat laporan polis berhubung penyebaran video di media sosial pada 25 Mac lalu, yang merekod kedatangan mereka di kedai tersebut.Vijeyndran berkata, tindakan sebuah akaun Facebook yang memuat naik video berkenaan disifatkan mempunyai niat jahat, selain mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah kepada mereka."Apabila kami pergi ke premis itu, kami memperkenalkan diri sebagai ahli MPPWP sebelum menjelaskan bahawa kami tidak berada di situ untuk mengambil wang, sebaliknya hanya ingin dapatkan maklumat dan mahu memahami lebih baik perniagaan mereka," katanya.Terdahulu, tular rakaman kamera litar tertutup (CCTV) sebuah pusat urut yang memaparkan kehadiran dua lelaki yang memperkenalkan diri sebagai ahli MPP sebelum meminta wang untuk mengelakkan premis tersebut ditutup, kononnya terdapat aduan daripada penduduk.Pada Jumaat, polis mengesahkan menerima laporan berhubung dakwaan ahli MPP Wilayah Persekutuan meminta wang perlindungan daripada sebuah pusat urut di Wangsa Maju.Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, sebanyak tiga laporan polis diterima berhubung kejadian ini.

Go to News Site