Sinar Harian
KUCHING - Seorang lelaki berusia 15 tahun ditemukan maut dipercayai dibaham buaya ketika mandi bersama keluarganya di Sungai Sarawak di Kampung Segubang, Batu Kawa, petang Jumaat.Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak dalam kenyataan memaklumkan, mayat dijumpai oleh ahli keluarga kira-kira jam 5.30 petang, tidak jauh dari lokasi mangsa dilaporkan hilang."Sebelum kejadian, mangsa bersama abang dan adiknya sedang mandi di sungai, manakala ibunya membasuh pakaian. "Semasa mandi, mangsa mengadu sakit pada kaki sebelum dipercayai ditarik oleh seekor buaya. Ketika kejadian, datuk mangsa yang turut berada di lokasi bertindak mengejar mangsa dengan menggunakan bot," menurut kenyataan itu. Unit Penyelamat Di Air (PPDA) bomba menggunakan bot penyelamat untuk menjalankan pencarian dengan kaedah ‘surface searching’ di sekitar kawasan kali terakhir mangsa dilihat."Panggilan kecemasan diterima kira-kira 2 petang, sebelum jasad dijumpai dalam keadaan tidak sempurna," menurut kenyataan itu.Mayat remaja itu kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. - Bernama
Go to News Site