Collector
PH perkukuh persiapan jentera hadapi PRN Johor, Negeri Sembilan - Anwar | Collector
PH perkukuh persiapan jentera hadapi PRN Johor, Negeri Sembilan - Anwar
Sinar Harian

PH perkukuh persiapan jentera hadapi PRN Johor, Negeri Sembilan - Anwar

PUTRAJAYA - Pakatan Harapan (PH) kini giat mempersiapkan jentera bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Beliau yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata, segala aspek persiapan jentera akan digerakkan secara optimum memandangkan notis pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi kedua-dua negeri itu dibuat dalam tempoh singkat."Setakat laporan semalam, kita buat (persiapan jentera) sedaya upaya kita walaupun untuk Johor itu notis yang singkat. "Saya menyeru rakan-rakan dalam pimpinan kerajaan tumpu soal ekonomi, masalah rakyat. Kita (sebenarnya) ada masa untuk tumpu dua tiga bulan lagi bagi memulihkan (keadaan), kemudian pilihan raya. Tetapi Johor mahu (PRN) segera," katanya kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Meranti Puchong dekat sini hari ini.Mengulas mengenai Mesyuarat Biro Politik PKR semalam, Anwar yang juga Presiden PKR berkata, intipati utama perbincangan adalah tertumpu kepada soal perkembangan PRN di kedua-dua negeri berkenaan. "Kita bincang perkembangan di Johor (dan) keperluan untuk perkasa pasukan, kemudian juga kemungkinan masa itu pembubaran Negeri Sembilan. Sekarang sudah bubar, jadi kita persiapkan pilihan raya Johor dan Negeri Sembilan," katanya.Isnin lepas, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi mengumumkan pembubaran DUN Johor yang mempunyai 56 kerusi, berkuat kuasa pada 1 Jun setelah mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail.Semalam, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun pula mengumumkan DUN Negeri Sembilan, yang mempunyai 36 kerusi, secara rasmi dibubarkan hari ini setelah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir. - Bernama

Go to News Site