Sinar Harian
LEGENDA Manchester United, Roy Keane memberi amaran kepada Harry Kane supaya menghentikan tabiat terlalu kerap turun membantu membina permainan kerana ia boleh menjejaskan peluang England menjuarai Piala Dunia.Kane yang menjaringkan gol tunggal ketika England menewaskan New Zealand 1-0 dalam aksi pemanas badan di Amerika Utara, hadir ke kejohanan dengan reputasi luar biasa selepas meledak 61 gol bersama Bayern Munich musim ini termasuk 36 dalam Bundesliga.Namun Keane berpendapat, peranan Kane perlu lebih tajam sebagai penyerang utama dan bukan terlalu kerap meninggalkan kawasan serangan, terutama dalam keadaan cuaca panas yang dijangka memberi tekanan fizikal tinggi sepanjang kejohanan."Dia tidak perlu turun terlalu dalam untuk membina permainan. Dia perlu kekal di kawasan akhir sebagai penyudah."Dia sememangnya penyerang yang prolifik dan itulah peranannya," kata Keane.England yang akan membuka kempen Kumpulan L Piala Dunia menentang Croatia di Dallas pada 18 Jun, sudah merasai keadaan cuaca panas terik dan kelembapan tinggi yang mungkin mereka hadapi sepanjang kejohanan.Mereka dijadualkan bertemu Ghana di Boston pada 24 Jun sebelum menentang Panama di New Jersey pada 28 Jun.
Go to News Site