Sinar Harian
AMPANG - Sekumpulan lelaki yang dipercayai mencuri kabel di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) di sini sedang giat diburu polis.Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairul Anuar Khalid berkata, satu laporan diterima pihaknya kira-kira jam 1.30 tengah hari Khamis lalu.Menurutnya, laporan dibuat individu yang melihat sebuah kenderaan jenis Honda Odyssey berada di tepi jalan dengan empat lelaki sedang memunggah kabel-kabel yang telah dipotong pendek dari lubang pembetungan masuk ke dalam kenderaan tersebut."Kejadian telah dirakam pengadu sebelum kesemua suspek beredar pergi."Kes masih dalam siasatan dan suspek terlibat masih sedang dikesan," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 431A Kanun Keseksaan dan Seksyen 235 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.Sebelum itu, satu rakaman video tular memaparkan individu mengangkat kabel yang dipotong dari lubang pembetungan dan dibawa masuk ke dalam kenderaan.
Go to News Site