Sinar Harian
KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke menyelar dakwaan bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli bahawa pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan dibuat selepas menerima tekanan daripada DAP.Beliau menyifatkan dakwaan itu sebagai tidak masuk akal berikutan keputusan membubarkan DUN dibuat secara konsensus dalam kalangan pimpinan Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan."Saya sangat terkejut dan kecewa apabila kenyataan seperti itu datang daripada Rafizi, apa yang dimaksudkan dengan tekanan?"Adakah beliau mahu mengatakan Menteri Besar tidak mahu membubarkan DUN tetapi saya memaksanya?"Dakwaan bahawa DAP memberi tekanan itu adalah tidak masuk akal," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pelancaran Dokumentari 60 Tahun Perjalanan DAP di Wilayah Persekutuan di sini pada Ahad.Beliau mengulas demikian selepas Rafizi mendakwa pembubaran DUN Negeri Sembilan mendapat tekanan DAP menerusi podcast 'Yang Berhenti Menteri' pada Jumaat.Menurut Anthony, cadangan supaya mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) serentak dengan Johor telah dibangkitkan secara terbuka dalam satu konvensyen yang turut dihadiri Perdana Menteri dan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun.Malah, katanya, cadangan itu turut mendapat sokongan daripada Aminuddin."Selepas DUN Johor dibubarkan, saya menghubungi beliau, bertanyakan pendiriannya dan beliau sendiri menyatakan kesediaan untuk membubarkan DUN."Namun ia mengambil sedikit masa kerana perlu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Besar terlebih dahulu sebelum sebarang pengumuman dibuat," katanya lagi.Mengulas rasional pembubaran itu, beliau berkata, kerajaan negeri ketika ini tidak mempunyai majoriti mudah tanpa sokongan Barisan Nasional (BN) dengan Pakatan Harapan (PH) memiliki 17 kerusi iaitu kurang dua kerusi untuk membentuk majoriti mudah."Walaupun terdapat persefahaman dengan UMNO dan BN, keadaan itu tidak semestinya selamat kerana apa sahaja boleh berlaku sebelum sidang DUN seterusnya."Jika DUN tidak dibubarkan sekarang, terdapat kemungkinan ADUN memberi tekanan dengan menolak bajet negeri."Kami tidak mahu berdepan situasi yang mana pilihan raya terpaksa diadakan selepas kerajaan tewas dalam DUN dan keputusan itu mendapat konsensus daripada pimpinan PH."Cuma saya pimpinan peringkat nasional, saya menyuarakan perkara itu dalam konvensyen berkenaan dan ia disambut baik," katanya.ARTIKEL BERKAITAN - DUN Negeri Sembilan bubar secara rasmi esokUndang Negeri Sembilan bantah bubar DUN, dakwa langgar peruntukan undang-undangBN terbuka kekalkan Kerajaan Perpaduan di Negeri Sembilan - Ahmad ZahidUndang Yang Empat masyhurkan Tunku Nadzaruddin sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12Tunku Nadzaruddin dihalang meninggalkan hotel di MelakaMesyuarat DKU selesai, ada acara besar menanti -PeguamKecoh, pembesar adat persoal tidak dibenar masuk Balai Kediaman Tunku Besar Tampin untuk Sidang Khas DKUProses turun takhta Yang di-Pertuan Besar perlu ikut undang-undang - PakarKemelut di Negeri Sembilan mesti diselesaikan segeraDalam pada itu, Anthony turut menyindir Rafizi dengan mendakwa Ahli Parlimen Pandan itu seolah-olah cenderung menyalahkan DAP dalam pelbagai isu politik."Nampaknya Rafizi kini mempunyai sindrom baharu, iaitu semua nak menyalahkan DAP dalam segala hal."Sama seperti pihak lain yang keluar daripada Pakatan Harapan, semuanya nak salahkan DAP. Saya menjangkakan sesuatu yang lebih baik daripada Rafizi," katanya.
Go to News Site