Sinar Harian
KUALA LUMPUR - Rakyat Johor harus memastikan 'virus' parti Kancil tidak mula merebak di Johor dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor, Muhammad Iman Haziq Mohammad Hamizi berkata. ia penting bagi menyekat 'virus' parti yang diterajui Datuk Seri Rafizi Ramli itu daripada terus tersebar ke seluruh negara menjelang PRU yang akan datang."Parti Kancil pastinya membawa naratif yang sama, sarat dengan fitnah dan adu domba semata-mata demi kepentingan politik dendam peribadi."Justeru, rakyat Johor yang rasional tidak akan undi parti Kancil kerana tahu ia tidak akan membawa apa-apa kebaikan dan kesenangan kepada rakyat Johor," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Sebelum ini, Rafizi dan Nik Nazmi mengumumkan bahawa Parti Bersama Malaysia (Bersama) akan bertanding pada PRN Johor yang akan datang.Johor Bahru, Ledang dan Batu Pahat merupakan antara kawasan Parlimen yang mungkin ditandingi Bersama selainSatu kerusi lagi yang kemungkinan besar akan ditandingi oleh Bersama ialah Stulang, iatu satu daripada dua kerusi DUN negeri di Johor Bahru.Menurut data pilihan raya, Stulang adalah kerusi majoriti bukan Melayu dengan 53.3 peratus pengundi Cina, 4.9 peratus India, dan 37.8 peratus pengundi Melayu.Sementara itu, Bersama juga mungkin bertanding di kerusi DUN Johor Bahru yang kedua iaitu Larkin.Di atas kertas, kerusi ini sebelum ini dikenali sebagai Tanjung Puteri ialah kubu kuat UMNO yang hanya kalah sekali pada 2018 kepada Bersatu.Bersama juga mungkin menyasarkan Tangkak di Ledang, yang kini dipegang oleh DAP; Buloh Kasap (UMNO) dan Jementah (DAP) di Segamat; serta Bukit Batu (PKR) di Kulai, Layang-Layang (UMNO) di Simpang Renggam, dan Kempas (UMNO) di Pulai.Buloh Kasap, Layang-Layang, dan Kempas ditandingi oleh PKR dalam pemilihan negeri 2022.Sementara itu, selain mengumumkan rancangan untuk bertanding di Johor, Rafizi dan Nik Nazmi hari ini juga mengumumkan bahawa mereka akan mengadakan siri jelajah ke seluruh Semenanjung Malaysia, yang dinamakan 'Jelajah Kancil'.
Go to News Site