Collector
Pelan Tindakan Foodbank dilancar tahun ini - Armizan | Collector
Pelan Tindakan Foodbank dilancar tahun ini - Armizan
Sinar Harian

Pelan Tindakan Foodbank dilancar tahun ini - Armizan

KOTA KINABALU - Pelan Tindakan Foodbank Malaysia dijangka akan dilancarkan pada tahun ini sebagai usaha memperkukuh pelaksanaan program 'food bank' di seluruh negara dengan pendekatan lebih sistematik dan menyeluruh.Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd Ali berkata, pelan tersebut akan menjadi rujukan utama dalam menggerakkan hala tuju program 'food bank' dengan pendekatan lebih tersusun melibatkan pelbagai pihak."Kita berhasrat untuk memperkasakan program Foodbank ini supaya kita dapat mewujudkan, menerbitkan dan menggubal Pelan Tindakan Foodbank Malaysia pada tahun ini juga, yang akan menjadi rujukan kepada semua pihak dalam kita menggerakkan hala tuju ke hadapan program ini dengan lebih sistematik," katanyaBeliau berkata demikian dalam sidang akhbar sempena Program Inisiatif Ihsan Food Bank (i-FB) @ KFC, di sini pada Ahad.Menurutnya, pelan berkenaan kini berada pada peringkat draf dan sedang diperhalusi melalui sesi libat urus bersama pemegang taruh sebelum dimuktamadkan."Kita sudah ada drafnya, cuma kita ingin mendapatkan maklum balas daripada pemegang taruh (stakeholders)."Kita sasar tahun ini kita keluarkan Pelan Tindakan Sara Hidup dahulu, kemudian disusuli Pelan Tindakan Foodbank Malaysia," katanya.Beliau berkata, pelaksanaan pelan itu penting bagi memastikan program food bank dilaksanakan secara lebih berkesan serta memberi impak lebih luas kepada golongan sasar di seluruh negara.Sementara itu, bercakap mengenai program yang dihadirinya, beliau mempelawa supaya lebih banyak pihak tampil menjadi rakan strategik rasmi bersama KPDN dalam memperkasa pelaksanaan inisiatif i-FB.

Go to News Site