Collector
Giriş Yap
PRN Johor : Annuar Musa dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya Pas | Collector
PRN Johor : Annuar Musa dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya Pas

PRN Johor : Annuar Musa dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya Pas

JOHOR BAHRU – Bekas Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya Pas Johor itu bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN).Ketua Penerangan Pas Johor, Mohd Firdaus Jaffar berkata, pelantikan Annuar yang juga Ahli Jawatankuasa Pas Pusat itu dibuat bagi memperkukuhkan gerak kerja parti."Pas Johor menyambut baik pelantikan Tan Sri Annuar Musa sebagai Pengarah Pilihan Raya Negeri Johor dan yakin pengalaman serta kepimpinan beliau akan membantu memperkukuhkan persiapan dan penyelarasan gerak kerja menghadapi PRN Johor ke-16."Menjelang pilihan raya yang semakin hampir, seluruh jentera PasJohor diseru untuk terus memperkukuhkan kesatuan saf, memantapkan gerak kerja serta memberikan tumpuan sepenuhnya kepada persiapan pilihan raya," katanya dalam kenyataan.DUN Johor dibubarkan berkuat kuasa 1 Jun lalu selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai tempoh 60 hari bagi melaksanakan PRN.

Go to News Site