Collector
Giriş Yap
'Saya kurang kasih sayang' - Lelaki OKU mental didakwa cabul 2 remaja depan sekolah | Collector
'Saya kurang kasih sayang' - Lelaki OKU mental didakwa cabul 2 remaja depan sekolah

'Saya kurang kasih sayang' - Lelaki OKU mental didakwa cabul 2 remaja depan sekolah

PASIR MAS – Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) mental mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua remaja perempuan di hadapan sebuah sekolah di Wakaf Bharu, Tumpat baru-baru ini.Tertuduh, Abd Sofar Abd Satar, 48, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Zulkipli Abdullah.Mengikut pertuduhan pertama, lelaki itu didakwa melakukan amang seksual fizikal dengan menyentuh anggota badan bagi maksud seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia 14 tahun empat bulan.Bagi pertuduhan kedua, Abd Sofar dituduh melakukan perbuatan sama terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia 16 tahun.Kedua-dua kesalahan itu dilakukan di hadapan sebuah sekolah di Wakaf Bharu, Tumpat kira-kira jam 1.30 tengah hari pada 20 Mei dan 1.40 tengah hari pada 31 Mac.Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 14 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika disabitkan kesalahan.Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Siti Aiysha Na’ilah Harizan manakala tertuduh tidak diwakili peguam.Terdahulu, Siti Aiysha Na’ilah berkata pihak pendakwaan dimaklumkan bahawa tertuduh memiliki kad OKU kategori mental.Menurutnya, pihak pendakwaan memohon agar tertuduh dihantar ke Hospital Bahagia Ulu Kinta, Tanjung Rambutan, Perak untuk menjalani pemeriksaan mental selama sebulan.Abd Sofar dalam rayuannya memaklumkan dia sudah bertaubat kepada ALLAH SWT dan insaf dengan perbuatan tersebut."Saya jadi macam ini kerana kurang kasih sayang," katanya.Mahkamah kemudian memerintahkan tertuduh dihantar ke Hospital Bahagia Ulu Kinta untuk menjalani pemeriksaan mental selama sebulan sebelum sebarang hukuman atau keputusan diputuskan.Mahkamah turut menetapkan 8 Julai depan untuk sebutan semu

Go to News Site