Collector
Giriş Yap
Tular aniaya kucing: Pemilik restoran, individu dalam rakaman dipanggil polis | Collector
Tular aniaya kucing: Pemilik restoran, individu dalam rakaman dipanggil polis

Tular aniaya kucing: Pemilik restoran, individu dalam rakaman dipanggil polis

TELUK INTAN - Polis telah memanggil dua saksi bagi membantu siasatan berhubung penganiayaan terhadap seekor kucing di sebuah restoran di Taman Melor dekat Teluk Intan, seperti yang tular menerusi media sosial baru-baru ini.Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Chua Kok Lian berkata, dua saksi berkenaan merupakan individu yang tular di dalam video berkenaan serta pemilik premis.Menurutnya, kedua-dua mereka dirakam percakapan bagi membantu siasatan."Tiada tangkapan dibuat memandangkan kes ini adalah kes tidak boleh tangkap."Kertas siasatan dalam tindakan untuk rujuk Timbalan Pendakwaraya dalam masa terdekat," katanya kepada pemberita pada Rabu.Pada 4 Jun lalu, media melaporkan polis membuka kertas siasatan kes membabitkan seorang lelaki melakukan penganiayaan terhadap seekor kucing di sebuah restoran di Taman Melor dekat Teluk Intan seperti yang tular menerusi media sosial baru-baru ini.Rakaman berdurasi satu minit 32 saat itu memaparkan lelaki terbabit dipercayai pekerja restoran berkenaan bertindak memasukkan seekor kucing ke dalam guni.

Go to News Site