Collector
Giriş Yap
Sindiket bekal pekerja asing kaut RM225,000 sebulan tumpas | Collector
Sindiket bekal pekerja asing kaut RM225,000 sebulan tumpas

Sindiket bekal pekerja asing kaut RM225,000 sebulan tumpas

JOHOR BAHRU - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor menumpaskan dua sindiket yang mengeksploitasi Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) dengan membekalkan pekerja asing secara tidak sah kepada sektor perkilangan dan pembinaan dalam dua operasi berasingan minggu lalu.Pengarah Imigresen Johor, Datuk Mohd Rusdi Mohd Darus berkata, sindiket dikesan menggunakan syarikat yang mempunyai kuota pekerja asing, namun pekerja terbabit tidak digunakan untuk perniagaan berdaftar sebaliknya dijual atau dibekalkan kepada majikan lain bagi mengaut keuntungan.Menurutnya, operasi pertama menerusi Ops Serkap dijalankan di sebuah pejabat agensi pengurusan pekerja asing di Pusat Perdagangan Pandan, di sini, pada 4 Jun lalu."Hasil serbuan, seorang lelaki warga Bangladesh berusia 33 tahun ditahan kerana tinggal lebih masa di negara ini."Turut dirampas 36 pasport Bangladesh dan India serta wang tunai RM5,000 yang dipercayai hasil urus niaga agensi berkenaan," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Beliau berkata, suspek disiasat mengikut Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 12(1)(f) Akta Pasport 1966.Dalam operasi kedua pada 9 Jun lalu, katanya, serbuan dilakukan di sebuah pejabat agensi pengurusan pekerja asing di Taman Setia Tropika dan dua pangsapuri di Taman Kempas Utama."Hasil operasi itu, dua agen serta empat pekerja asing yang tinggal lebih masa ditahan."Pasukan operasi turut merampas 48 pasport Bangladesh, wang tunai RM4,300 serta menyita dua kenderaan yang dipercayai digunakan sindiket," katanya.Mohd Rusdi berkata, siasatan awal mendapati sindiket berkenaan dipercayai membekalkan sehingga 500 pekerja asing di seluruh Johor."Keuntungan bersih yang diperoleh sindiket dianggarkan mencecah RM225,000 sebulan hasil aktiviti membekalkan pekerja asing kepada majikan lain," ujarnya.Beliau berkata, dua agen terbabit disiasat mengikut Seksyen 56(1)(d) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 12(1)(f) Akta Pasport 1966.Katanya lagi, empat pekerja asing pula disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) akta sama.JIM Johor menggesa orang ramai menyalurkan maklumat berkaitan kegiatan sindiket atau sebarang aktiviti warga asing yang melanggar undang-undang bagi membantu usaha penguatkuasaan di negeri ini.

Go to News Site