Collector
Giriş Yap
'Kerja ladang durian, tapi ambil kesempatan buru binatang liar' | Collector
'Kerja ladang durian, tapi ambil kesempatan buru binatang liar'

'Kerja ladang durian, tapi ambil kesempatan buru binatang liar'

KUALA KRAI – Di sebalik pekerjaan di ladang durian, lima warga Myanmar dipercayai mengambil kesempatan memasang jerat dan memburu hidupan liar untuk dijadikan sumber makanan serta koleksi hiasan.Kegiatan itu dibongkar menerusi Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) yang digerakkan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Sungai Chenulang, di sini, pada Selasa.Ketua Pengarah Perhilitan, Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata, serbuan di sebuah rumah dijalankan kira-kira jam 12.30 tengah malam.Menurutnya, lima warga Myanmar termasuk dua wanita berusia antara 22 hingga 55 tahun telah ditahan."Pemeriksaan di kediaman itu menemui tujuh unit disyaki kuku hidupan liar, 12 taring, 11 unit disyaki bahagian hidupan liar, satu tong berisi daging yang disyaki daripada hidupan liar serta tujuh tulang yang disyaki milik hidupan liar."Selain itu, pasukan operasi turut menyita sebilah lembing dan tiga telefon bimbit," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.Beliau berkata, suspek dipercayai bekerja di ladang durian berhampiran Hutan Simpan Ulu Sat.Katanya, suspek disyaki aktif memasang jerat selama lebih setahun untuk mendapatkan sumber makanan dan menyimpan bahagian hidupan liar sebagai hiasan.Jelasnya, kes itu melibatkan kesalahan memiliki bahagian hidupan liar tanpa lesen dan permit khas, dan siasatan dijalankan di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716)."Kesemua suspek telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Krai, manakala barang kes yang dianggarkan bernilai RM160,000 dibawa ke Jabatan Perhilitan Negeri Kelantan untuk tindakan lanjut," ujarnya.

Go to News Site