Sinar Harian
SHAH ALAM – Nama bagi wadah penyatuan Melayu-Islam tidak seharusnya menjadi perkara pokok, sebaliknya apa yang lebih utama ialah matlamat dan hala tuju perjuangan tersebut, kata Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh.Menurut beliau, usaha menyatukan saf Melayu dan Islam boleh dilaksanakan menggunakan sebarang nama alternatif tanpa perlu terikat dengan nama "Muafakat Nasional".Jelasnya lagi, pertimbangan itu juga mengambil kira status nama "Muafakat Nasional" yang kini telah didaftarkan secara rasmi di bawah entiti pertubuhan bukan kerajaan (NGO) milik pihak lain."Nama itu tidak penting, tetapi apa yang lebih penting ialah persefahaman, tujuan dan hala tuju penyatuan Melayu-Islam itu sendiri," ujarnya dalam satu hantaran di Facebook.Sebelum ini, timbul pelbagai reaksi mengenai status dan masa depan gagasan Muafakat Nasional yang pernah membentuk landskap politik tanah air.Bagaimanapun, kenyataan Dr Muhamad Akmal ini memberi bayangan bahawa Pemuda UMNO lebih mengutamakan pengisian serta agenda memperkasakan penyatuan ummah berbanding sekadar memfokuskan nama gabungan semata-mata.
Go to News Site