Collector
Giriş Yap
Hilang 43 barang kemas: Rosmah diperintah bayar RM67 juta | Collector
Hilang 43 barang kemas: Rosmah diperintah bayar RM67 juta

Hilang 43 barang kemas: Rosmah diperintah bayar RM67 juta

KUALA LUMPUR – Datin Seri Rosmah Mansor diperintah membayar RM67.5 juta kepada syarikat barang kemas, Global Royalty Trading SAL, selepas Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu mendapati isteri bekas Perdana Menteri itu bertanggungjawab atas kehilangan 43 barang kemas pada lapan tahun lalu.Hakim Datuk Quay Chew Soon membuat keputusan itu selepas mendapati wujud prima facie kecuaian oleh Rosmah, 75, kerana gagal memulangkan semua barang kemas tersebut kepada pemiliknya.Ketika membacakan keputusan dalam prosiding secara dalam talian, mahkamah membenarkan tuntutan saman syarikat barang kemas dari Lubnan itu dan mengarahkan Rosmah membayar jumlah tersebut dalam tempoh sebulan bermula Rabu.Mahkamah turut memerintahkan Rosmah membayar kos berjumlah RM150,000, iaitu masing-masing RM75,000 kepada plaintif dan pihak ketiga.Pada 29 Mac 2023, Global Royalty menyaman Rosmah dan mendakwa beliau berbohong apabila menyatakan bahawa 44 barang kemas, termasuk kalung berlian, anting-anting, cincin, gelang dan tiara yang diserahkan oleh ejen syarikat kepadanya, telah dirampas pihak berkuasa Malaysia atas kesalahan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.Syarikat berpangkalan di Beirut itu mendakwa hanya satu daripada 44 barang kemas terbabit berada dalam simpanan dan kawalan polis, manakala baki 43 barang kemas lagi tidak berada dalam jagaan pihak berkuasa.Global Royalty kemudian mendakwa Rosmah telah meletakkan tanggungjawab kepada Kerajaan Malaysia sedangkan barang kemas tersebut sebenarnya telah hilang.Ketua Polis Negara dan Kerajaan Malaysia pula dinamakan sebagai pihak ketiga dalam kes saman tersebut.Rosmah menegaskan beliau tidak bertanggungjawab atas kehilangan tersebut dengan alasan kesemua 43 barang kemas terbabit telah diambil dan hilang susulan beberapa siri serbuan polis di kondominium Pavilion Residences sejurus selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada Mei 2018.AKAN MENYUSUL

Go to News Site