Collector
Giriş Yap
Aduan kes ugutan jenayah Albert Tei terhadap Azam Baki diklasifikasi Tiada Tindakan Lanjut - AGC | Collector
Aduan kes ugutan jenayah Albert Tei terhadap Azam Baki diklasifikasi Tiada Tindakan Lanjut - AGC

Aduan kes ugutan jenayah Albert Tei terhadap Azam Baki diklasifikasi Tiada Tindakan Lanjut - AGC

PUTRAJAYA – Kertas siasatan berhubung aduan yang dibuat oleh Albert Tei terhadap bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, bagi kesalahan ugutan jenayah di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA).Jabatan Peguam Negara (AGC) menerusi satu kenyataan memaklumkan bahawa keputusan itu dibuat selepas penelitian terhadap kertas siasatan yang dikemukakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapati elemen kesalahan berkenaan tidak dapat dibuktikan.Menurut AGC, aduan itu dibuat oleh Tei Jiann Cheing atau lebih dikenali sebagai Albert Tei terhadap Azam."Jabatan Peguam Negara telah meneliti kertas siasatan yang dikemukakan oleh Polis Diraja Malaysia berhubung aduan oleh Tei Jiann Cheing (Albert Tei) terhadap Tan Sri Azam Baki bagi kesalahan ugutan jenayah di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan."Hasil penelitian menyeluruh terhadap kertas siasatan tersebut mendapati elemen kesalahan ugutan jenayah di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan tidak dapat dibuktikan," katanya pada Rabu.Menurut kenyataan itu, susulan dapatan berkenaan, AGC memutuskan supaya kertas siasatan tersebut diklasifikasikan sebagai NFA atau tiada tindakan lanjut."Oleh yang demikian, kertas siasatan tersebut telah diputuskan untuk diklasifikasikan sebagai NFA (No Further Action/tiada tindakan lanjut)," jelas kenyataan itu.Albert sebelum ini mendakwa Azam mengugut, menghalang dan menganiayanya ketika beliau cuba mendedahkan dakwaan rasuah yang kononnya membabitkan beberapa ahli politik berprofil tinggi di Sabah tahun lalu.Azam turut menyatakan kesediaan untuk memberikan kerjasama penuh kepada polis bagi membantu siasatan berhubung dakwaan berkenaan.Bagaimanapun, Azam Baki menerusi laporan media pada 3 Jun lalu menafikan semua dakwaan yang dibuat terhadapnya oleh ahli perniagaan, Albert Tei, ketika memberikan keterangan kepada polis di Bukit Aman.Bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM itu berkata, beliau hadir ke Bukit Aman kira-kira jam 9 pagi dan meluangkan hampir dua jam menjawab soalan pegawai penyiasat daripada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.Terdahulu, media melaporkan polis akan merakam keterangan Azam dalam masa terdekat bagi membantu siasatan berhubung dakwaan yang dibuat oleh Albert.Pengarah JSJ Bukit Aman, Datuk M Kumar, dilaporkan berkata polis sudah merakam keterangan daripada Albert serta individu yang didakwa menyampaikan ugutan berkenaan.

Go to News Site