Collector
Giriş Yap
Sindiket guna ikrar palsu tumpas, 9.3 juta batang rokok putih dirampas | Collector
Sindiket guna ikrar palsu tumpas, 9.3 juta batang rokok putih dirampas

Sindiket guna ikrar palsu tumpas, 9.3 juta batang rokok putih dirampas

JOHOR BAHRU – Cubaan menyeludup rokok putih menggunakan taktik pengikraran palsu dalam sistem kastam berjaya dibongkar Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Johor di Pelabuhan Tanjung Pelepas, Iskandar Puteri.Dalam operasi 18 Mei lalu, pihak kastam merampas 9.32 juta batang rokok putih pelbagai jenama yang disorok dalam kontena yang diikrarkan sebagai "Base Paper Reels".Pengarah Kastam negeri, Aminul Izmeer Mohd Sohaimi berkata, pemeriksaan kontena berukuran 40 kaki di sebuah gudang bersama-sama wakil syarikat penghantaran dan menjumpai rokok putih pelbagai jenama disyaki tidak berkastam."Berdasarkan semakan awal, kontena tersebut diikrarkan melalui borang Kastam No. 6, Manifest Transhipment sebagai membawa barang dagangan Base Paper Reels. Kontena berkenaan dipercayai dalam perjalanan dari Vietnam ke United Kingdom."Hasil pemeriksaan mendapati jumlah rokok putih yang disita sebanyak 9,320,000 batang dengan anggaran nilai sebanyak RM2,143,600 manakala anggaran duti dan cukai terlibat RM6,365,000."Keseluruhan nilai sitaan termasuk duti dan cukai adalah dianggarkan RM8,509,160," katanya dalam sidang akhbar di Menara Kastam Johor di sini, pada Rabu.Beliau berkata, usaha mengesan sindiket yang terlibat serta pemilik premis gudang berkenaan sedang giat dijalankan bagi membantu siasatan lanjut.Menurutnya, modus operandi sindiket adalah dengan membuat pengikraran tidak benar ke atas dagangan bagi tujuan menyeludup rokok tidak berkastam.Jelasnya, kes disiasat bawah Seksyen 133(1)(a) Akta Kastam 1967 iaitu membuat perakuan tidak benar di mana jika sabit kesalahan pesalah boleh bagi kesalahan pertama denda tidak melebihi RM 500,000 atau penjara tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya sekali.

Go to News Site