Collector
Giriş Yap
Atuk direman kes rogol cucu usia 13 tahun | Collector
Atuk direman kes rogol cucu usia 13 tahun

Atuk direman kes rogol cucu usia 13 tahun

BATU PAHAT – Seorang pesara lelaki berusia 67 tahun direman selama enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung dakwaan merogol cucu perempuannya yang berusia 13 tahun.Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Arun Noval Dass di Mahkamah Majistret Batu Pahat selepas permohonan dibuat pihak polis untuk melengkapkan siasatan mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan.Kes berkenaan dipercayai terbongkar selepas remaja terbabit menceritakan kejadian yang dialaminya kepada ibunya, yang kemudian membuat laporan polis dua hari lalu.Hasil siasatan awal mendapati mangsa sebelum ini tinggal bersama datuknya di sebuah rumah dalam daerah Batu Pahat selepas ibu bapanya bercerai.Bagaimanapun, pada April lalu, mangsa dibawa pulang oleh ibunya ke sebuah negeri di utara Semenanjung.Menurut maklumat awal, ibu mangsa mula mengesyaki sesuatu selepas mendapati anaknya menghantar mesej kepada seorang kenalan.Pada mulanya remaja itu tidak menceritakan perkara sebenar, namun akhirnya mengaku menjadi mangsa rogol yang didakwa dilakukan oleh datuknya sendiri.Siasatan juga mendapati kejadian berkenaan dipercayai berlaku sepanjang tahun lalu dengan insiden terakhir didakwa berlaku pada Disember tahun yang sama.Susulan laporan yang dibuat, polis menahan suspek untuk membantu siasatan lanjut.Terdahulu, tular di media sosial sebuah video memaparkan seorang wanita memarahi bapanya berhubung dakwaan merogol anak perempuannya.Video berkenaan mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna media sosial sebelum pihak berkuasa mengesahkan siasatan sedang dijalankan.

Go to News Site