Collector
Sebar video lucah bekas suami, wanita didenda RM2,800 | Collector
Sebar video lucah bekas suami, wanita didenda RM2,800
Sinar Harian

Sebar video lucah bekas suami, wanita didenda RM2,800

MELAKA – Seorang wanita didenda RM2,800 oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh pada Isnin selepas mengaku bersalah menyebarkan gambar dan video lucah yang membabitkan bekas suaminya bersama seorang wanita lain pada Disember tahun lalu.Tertuduh, Puteri Norfatimah Ishak, 25, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nur Afiqah Radhiah Zainurin.Mengikut pertuduhan, wanita itu didapati memiliki video dan gambar lucah yang disimpan dalam sebuah telefon bimbit jenis iPhone.Perbuatan itu dilakukan di tepi Jalan Ayer Keroh Lama, dalam daerah Melaka Tengah, pada jam 4 petang, 11 Januari 2026.Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.Berdasarkan fakta kes, pada Disember tahun lalu, pengadu menerima satu rakaman video daripada kakaknya yang dihantar menggunakan nombor telefon yang dipercayai milik tertuduh.Video tersebut didakwa memaparkan rakaman pengadu sedang melakukan hubungan seks dengan bekas suami wanita berkenaan yang dipercayai dirakam tanpa pengetahuan atau persetujuannya.Tertuduh juga didakwa telah menyebarkan video berkenaan kepada beberapa ahli keluarga terdekat pengadu.Pengadu kemudian membuat laporan polis kerana tidak berpuas hati serta berasa teraniaya dengan tindakan wanita tersebut.Tertuduh yang tidak diwakili peguam, dalam keadaan menangis, merayu agar mahkamah mengurangkan hukuman terhadapnya.Wanita itu mengakui kesilapannya dan memaklumkan kepada mahkamah bahawa dia bertindak demikian kerana berada dalam keadaan emosi selepas baharu mengalami keguguran, selain menanggung kedua-dua ibu bapanya.Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Hanis Aliah Ahmad Kamarulnajuib memohon hukuman yang berat sebagai pengajaran kerana kesalahan itu melibatkan penyebaran bahan lucah yang membabitkan individu yang dikenal pasti.Katanya, perbuatan tersebut bukan sahaja melanggar undang-undang, malah mencabuli maruah dan privasi mangsa yang terlibat.Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman denda RM2,800 atau penjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda.Mahkamah turut memerintahkan barang kes dilupuskan.

Go to News Site