Sinar Harian
ROMPIN - Kegiatan seorang lelaki warga Indonesia menyimpan bekalan air ketum terbongkar apabila polis merampas 300 bungkus minuman itu bernilai RM3,000 dalam serbuan di Kampung Tekek, Pulau Tioman, awal pagi Isnin.Ketua Polis Daerah Rompin, Superintenden Sharif Shai Sharif Mondoi berkata, suspek berusia 54 tahun yang merupakan pemastautin tetap ditahan dalam serbuan kira-kira jam 12.30 pagi."Semakan lanjut mendapati suspek mempunyai rekod lampau berkaitan kesalahan sama pada tahun 2024."Penahanan dan rampasan ini adalah hasil risikan berterusan serta kerjasama orang awam yang menyalurkan maklumat kepada pihak polis," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.Operasi tersebut dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rompin bersama Unit MARTEK Pasukan Polis Marin Wilayah 3 Tanjung Gemok.Sharif Shai berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 yang memperuntukkan denda maksimum RM100,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.Beliau menambah, pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dalam aktiviti berkaitan dadah dan penyalahgunaan air ketum."Memiliki, mengedar atau melindungi aktiviti dadah termasuk kesalahan berkaitan air ketum yang disenaraikan sebagai racun dan bahan psikotropik di sisi undang-undang."Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kegiatan jenayah dan dadah diminta menyalurkannya kepada Bilik Gerakan IPD Rompin di talian 09-4145222 bagi membantu usaha membanteras aktiviti tersebut," katanya.
Go to News Site