Collector
Giriş Yap
Malaysia cari sumber minyak baharu sesuai dengan fasiliti sedia ada | Collector
Malaysia cari sumber minyak baharu sesuai dengan fasiliti sedia ada

Malaysia cari sumber minyak baharu sesuai dengan fasiliti sedia ada

GEORGE TOWN - Kerajaan bukan sahaja meneliti sumber bekalan minyak mentah baharu dari beberapa negara malah turut mengambil kira kesesuaian fasiliti sedia ada bagi memastikan bekalan yang diterima dapat diproses dengan berkesan.Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, setiap sumber minyak mentah mempunyai karakteristik berbeza mengikut negara pengeluar, justeru aspek keupayaan kemudahan pemprosesan tempatan menjadi faktor penting dalam menentukan sumber bekalan yang dipilih.Menurutnya, antara kawasan yang sedang dinilai sebagai sumber alternatif bekalan minyak mentah termasuk negara di benua Afrika, Amerika Selatan, Amerika Syarikat, Turkiye serta Rusia sementara bagi bekalan minyak bertapis adalah Singapura."Sudah pasti ia juga perlu melihat kepada ketersediaan fasiliti kita untuk memproses bekalan berkenaan. Kita tahu setiap bekalan minyak mentah yang datang daripada kawasan berbeza mempunyai karakter minyak yang berbeza."Jadi sebab itu biasanya pihak Petronas akan menilai dari segi ketersediaan fasiliti kita untuk menerima bekalan berkenaan."Ia bukan semata-mata mencari bekalan di semua tempat, tetapi bagaimana bekalan daripada sesetengah tempat itu sesuai dengan fasiliti yang kita ada," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Pusat Teknologi dan Inovasi NCER (NTIC) di Bayan Lepas pada Rabu.Beliau berkata demikian ketika mengulas sama ada Malaysia sedang meneroka negara pengeluar minyak baharu susulan ketidaktentuan geopolitik yang masih berlaku di Timur Tengah.Dalam pada itu, Akmal Nasrullah memberi jaminan bahawa bekalan tenaga negara kekal mencukupi sehingga penghujung Julai ini berdasarkan pemantauan dan pengurusan operasi yang dilaksanakan kerajaan bersama syarikat pembekal.Menurutnya, pengumuman berkaitan jaminan bekalan dibuat secara telus bagi memaklumkan tahap ketersediaan semasa kepada rakyat selepas semua aspek termasuk sumber bekalan dan kos dimuktamadkan."Sememangnya kita memberi jaminan bahawa bekalan itu terjamin sehingga penghujung bulan Julai."Bukan bermaksud sehingga Julai kita berada dalam keadaan sukar tetapi lebih kepada memastikan bekalan itu benar-benar disahkan sebelum kerajaan memberi jaminan," katanya.Beliau menambah, syarikat pembekal minyak termasuk Petronas lazimnya akan mengemas kini status bekalan selepas perjanjian mendapatkan sumber bekalan dimuktamadkan.Katanya, pendekatan itu juga penting memandangkan harga minyak global masih tidak menentu dan kerajaan tidak mahu terikat dengan perjanjian jangka panjang yang boleh memberi kesan kepada kos sekiranya berlaku perubahan ketara dalam pasaran."Kerajaan dijangka mengumumkan perkembangan terkini mengenai jaminan bekalan tenaga bagi tempoh seterusnya menjelang penghujung bulan ini selepas rundingan dan perancangan bekalan dimuktamadkan," ujarnya lagi.Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan bekalan petrol dan diesel negara mencukupi sekurang-kurangnya sehingga Julai ini meskipun dunia berdepan ketidaktentuan ekonomi susulan konflik di Asia Barat serta gangguan laluan perdagangan di Selat Hormuz.Menurut beliau, kerajaan juga masih mampu mengekalkan harga petrol RON95 pada kadar RM1.99 seliter walaupun berlaku peningkatan kos penghantaran dan insurans kapal akibat konflik berkenaan.Anwar berkata, Malaysia ketika ini masih berada dalam keadaan lebih baik berbanding beberapa negara jiran yang berdepan masalah bekalan bahan api sehingga ada stesen minyak terpaksa ditutup.

Go to News Site