Collector
Giriş Yap
Himalaya Sports jadi rakan strategik korporat ISN | Collector
Himalaya Sports jadi rakan strategik korporat ISN

Himalaya Sports jadi rakan strategik korporat ISN

HIMALAYA Sports terus mengukuhkan peranannya dalam pembangunan sukan negara apabila diumumkan sebagai Rakan Strategik Korporat Institut Sukan Negara (ISN) menerusi kerjasama di bawah rangka kerja Perkongsian Awam-Swasta (PPP).Kerjasama itu mencerminkan keyakinan ISN terhadap kualiti dan kredibiliti jenama tempatan berkenaan dalam menyokong pembangunan sukan serta memperkasa amalan gaya hidup aktif dalam kalangan rakyat Malaysia.Pengarah Urusan Himalaya Sports, Kenny Low berkata, pengiktirafan yang diberikan ISN menjadi pemangkin kepada syarikat itu untuk terus meningkatkan mutu produk serta menyumbang kepada pembangunan ekosistem sukan negara."ISN adalah simbol kecemerlangan sukan negara. Pengendorsan ini menjadi satu pengiktirafan yang amat bermakna dan mendorong kami untuk terus menambah baik produk serta menyokong pembangunan sukan negara."Kehadiran logo ISN pada pembungkusan produk kami turut mencerminkan keyakinan institusi itu terhadap aspek kualiti dan keselamatan yang menjadi keutamaan Himalaya Sports," katanya pada majlis pengumuman kerjasama berkenaan di Bukit Jalil pada Rabu.Ditubuhkan pada 2017, Himalaya Sports kini berkembang ke lebih 10 negara dengan menawarkan produk yang disasarkan kepada individu yang mengamalkan gaya hidup aktif.Sementara itu, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Mordi Bimol berkata, kerjasama antara ISN dan Himalaya Sports membuktikan pembangunan sukan negara memerlukan penglibatan menyeluruh pelbagai pihak termasuk sektor swasta.Beliau berkata, pendekatan PPP yang diterapkan menerusi kerjasama itu selari dengan aspirasi Kerajaan Madani untuk memperkukuh kolaborasi rentas sektor dalam usaha membangunkan ekosistem sukan yang lebih mampan dan berimpak tinggi."Pembangunan sukan bukan tanggungjawab kerajaan semata-mata. Ia memerlukan penyertaan agensi kerajaan, institusi pendidikan, industri, komuniti dan rakyat."Kerjasama seperti ini membuktikan sektor swasta mampu memainkan peranan signifikan dalam membantu kerajaan memperluas impak pembangunan sukan negara," katanya ketika merasmikan majlis berkenaan.Mordi berkata, ISN selama ini menjadi tulang belakang kepada kejayaan atlet negara menerusi penyediaan sokongan sains sukan, perubatan sukan, teknologi sukan dan kejurulatihan bertaraf tinggi.Menurutnya, keputusan Himalaya Sports untuk bekerjasama dengan ISN turut membawa mesej jelas bahawa kecemerlangan, integriti dan kualiti merupakan nilai yang dikongsi bersama oleh kedua-dua pihak.Beliau turut menyifatkan kerjasama berkenaan sebagai sejajar dengan aspirasi Dasar Sukan Negara 2030 yang memberi penekanan kepada pembangunan budaya sukan yang inklusif, mampan dan berimpak tinggi.Melalui kerjasama itu, Himalaya Sports akan menyokong pelbagai program anjuran ISN termasuk seminar, program pendidikan sukan, hari terbuka, pembangunan komuniti serta inisiatif berkaitan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG).Mordi berharap lebih banyak syarikat tempatan tampil mengikut jejak langkah Himalaya Sports bagi memperkukuh agenda pembangunan sukan negara."Sukan bukan sekadar mengenai kemenangan dan pingat. Ia juga platform untuk membina perpaduan, meningkatkan kesihatan serta melahirkan masyarakat yang lebih produktif dan sejahtera," katanya.

Go to News Site