Collector
Giriş Yap
Lelaki maut ditikam dipercayai akibat cemburu | Collector
Lelaki maut ditikam dipercayai akibat cemburu

Lelaki maut ditikam dipercayai akibat cemburu

PASIR SALAK – Seorang lelaki maut selepas dipercayai ditikam dalam satu pergaduhan yang dikatakan berpunca akibat cemburu di Kilometer 12, Jalan Trans Perak di sini pada awal pagi Rabu.Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintenden Hafezul Helmi Hamzah berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu kira-kira jam 5.49 pagi.Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa, lelaki tempatan berusia 29 tahun, mengalami kecederaan akibat ditikam ketika berlaku pergaduhan dengan seorang lelaki yang telah dikenal pasti identitinya."Mangsa kemudiannya dibawa ke sebuah klinik berhampiran untuk mendapatkan rawatan sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan."Siasatan lanjut mendapati suspek melarikan diri sejurus selepas kejadian dengan menaiki sebuah kereta Proton Wira sedan berwarna hitam bernombor pendaftaran WGX 3707," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.Menurutnya, polis kini sedang giat mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan.Hafezul Helmi berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian atau keberadaan individu terbabit diminta tampil membantu siasatan.Katanya, sebarang maklumat berkaitan boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat, Asisten Superintenden Murugan Suppiah di talian 012-6992784 atau Inspektor Muhammad Aminuddin Haiqal Mohamed Masnani di talian 019-6751267 atau ke mana-mana balai polis berhampiran.Dalam pada itu berdasarkan maklumat yang tular di media sosial, kejadian dipercayai berlaku akibat perselisihan melibatkan seorang wanita.

Go to News Site