Sinar Harian
SHAH ALAM - Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Muhammad Kamil Abdul Munim menyindir pihak yang sibuk dengan permainan politik dan berusaha untuk merebut pengaruh ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang bekerja dan mengadakan lawatan rasmi ke Jepun.Beliau berkata, terdapat pihak yang seolah-olah mempunyai terlalu banyak masa untuk berpolitik dan mencatur langkah demi kepentingan tertentu berbanding memberi tumpuan kepada tanggungjawab yang diamanahkan."Yang mahu mencatur, teruskan mencatur. Mungkin banyak masa terluang, tak tahu nak buat apa dan minatnya hanya ingin merebut kuasa sepanjang masa."Yang mahu bekerja, bekerjalah bersungguh-sungguh. Kelak nanti setiap daripada kita akan dipertanggungjawabkan dengan amanah yang sedang dipikul," katanya menerusi laman Facebook pada Rabu.Dalam hantaran sama Muhammad Kamil turut memuat naik gambar Anwar bersama rakan sejawatnya dari Jepun, Sanae Takaichi ketika menghadiri beberapa siri pertemuan rasmi yang bertujuan mengukuhkan hubungan dua hala serta meneroka peluang pelaburan dan kerjasama ekonomi antara kedua-dua negara.Muhammad Kamil turut menyertakan tanda pagar #MADANIBekerja sebagai simbolik kepada fokus kerajaan dalam melaksanakan agenda pembangunan dan kebajikan rakyat.
Go to News Site
Astro AWANI
Kosmo Online
The Sun Malaysia
The Star
Free Malaysia Today
The Star
Sinar Harian
Sinar Harian
Sinar Harian
Sinar Harian
Sinar Harian
Sinar Harian
Sinar Harian
Sinar Harian
Sinar Harian
Sinar Harian
Sinar Harian
Sinar Harian
Sinar Harian
Sinar Harian
Sinar Harian
Sinar Harian
Sinar Harian
Sinar Harian
Sinar Harian
Sinar Harian
Sinar Harian
Sinar Harian
Sinar Harian
Sinar Harian
Sinar Harian
Sinar Harian
Sinar Harian
Sinar Harian
Sinar Harian
Sinar Harian
Sinar Harian
Sinar Harian
Sinar Harian
Sinar Harian
Sinar Harian
Sinar Harian
Sinar Harian
Sinar Harian
Sinar Harian
Sinar Harian