Collector
Giriş Yap
Nahas di Simpang Renggam: Remaja pandu Mercedes-Benz dibebaskan sementara jaminan polis | Collector
Nahas di Simpang Renggam: Remaja pandu Mercedes-Benz dibebaskan sementara jaminan polis

Nahas di Simpang Renggam: Remaja pandu Mercedes-Benz dibebaskan sementara jaminan polis

KLUANG - Remaja lelaki yang memandu kereta secara melulu dan berbahaya hingga meragut nyawa empat sekeluarga di Jalan Renggam-Simpang Renggam, Kluang minggu lalu dibebaskan dengan jaminan polis sementara menunggu didakwa di Mahkamah.Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, pihaknya menerima arahan Timbalan Pendakwa Raya untuk memberi jaminan terhadap suspek sehingga siasatan lengkap dijalankan.Ketika ini, tempoh sambung reman terhadap suspek berusia 19 tahun yang dilanjutkan dua hari pada Isnin lalu sudah berakhir Selasa.Pada 2 Jun reman pertama dilakukan di Mahkamah Majistret Batu Pahat mengikut Seksyen 42(1) selama dua hari dan disambung sehari di Mahkamah Majistret Kluang.Namun sebaik reman berakhir, polis menahan semula suspek pada Khamis di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan di Mahkamah Sesyen Kluang setelah kertas siasatan dirujuk dengan Jabatan Peguam Negara.Tindakan suspek yang pemandu Mercedes Benz A250 manakala abangnya berusia 22 tahun memandu BMW 530e menyebabkan berlaku kemalangan membabitkan lima kenderaan hingga meragut nyawa empat sekeluarga pada 1 Jun lalu.Kemalangan turut meragut nyawa abang suspek yang memandu BMW 530e.

Go to News Site