Collector
Giriş Yap
KBS kaji semula status Aaron-Wooi Yik dalam program RTG | Collector
KBS kaji semula status Aaron-Wooi Yik dalam program RTG

KBS kaji semula status Aaron-Wooi Yik dalam program RTG

KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) akan menilai implikasi langkah memisahkan gandingan utama negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik, yang berkemungkinan menjejaskan kedudukan mereka dalam Program Road to Gold (RTG).Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari berkata, Jawatankuasa RTG akan meneliti secara terperinci kesan penstrukturan semula membabitkan atlet di bawah program tersebut sebelum sebarang keputusan dibuat."Perkara paling penting ialah atlet itu sendiri, termasuk kemampuan dan prestasi mereka. RTG adalah berdasarkan atlet, jadi apabila berlaku penstrukturan, sudah tentu perkara itu akan dibincangkan di peringkat Jawatankuasa RTG."Kita akan mengemas kini perkembangan selepas perbincangan dibuat oleh jawatankuasa RTG," katanya kepada pemberita selepas perasmian seminar Wanita Dalam Sukan di Bukit Jalil pada Rabu.Beliau berkata, status Aaron-Wooi Yik sebagai pasangan beregu lelaki nombor dua dunia ketika ini turut menjadi faktor yang perlu dititikberatkan."Justeru, kita perlu melihat semula penstrukturan di peringkat RTG kerana program ini berdasarkan kemampuan serta ranking atlet," katanya.Sabtu lepas, Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengesahkan badan induk itu memisahkan gandingan Aaron-Wooi Yik serta Tee Kai Wun-Man Wei Chong sebagai sebahagian daripada pelan jangka panjang untuk memperkukuh sektor beregu negara menjelang kempen kelayakan Olimpik tahun depan.Percubaan gandingan baharu akan menyaksikan Aaron bergandingan dengan Kai Wun manakala Wooi Yik dipasangkan dengan Wei Chong bermula di Terbuka Jepun.Dalam perkembangan berasingan, Dr Mohammed Taufiq menegaskan KBS tidak akan mencampuri urusan berkaitan gesaan supaya laporan penuh audit Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) terhadap Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) didedahkan kepada umum serta dibentangkan di Parlimen.Sebelum ini, Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh menggesa laporan audit berkenaan didedahkan bagi membolehkan isu tadbir urus FAM dibahaskan secara menyeluruh."Kita terbuka terhadap sebarang usaha yang dapat meningkatkan ketelusan, audit dan sebagainya. Namun, kita tidak mencampuri urusan berkaitan persatuan dan langkah sewajarnya perlu diambil oleh pihak berkaitan bagi memastikan perkara itu dapat dilaksana dengan baik," katanya. - Bernama

Go to News Site