Collector
Giriş Yap
Bayaran cecah RM40,000 seorang, peguam dedah sindiket terancang seludup etnik Rohingya | Collector
Bayaran cecah RM40,000 seorang, peguam dedah sindiket terancang seludup etnik Rohingya

Bayaran cecah RM40,000 seorang, peguam dedah sindiket terancang seludup etnik Rohingya

SHAH ALAM - Sindiket penyeludupan etnik Rohingya ke Malaysia dipercayai mengenakan bayaran RM15,000 hingga RM25,000 seorang bergantung kepada faktor umur, jantina serta tujuan mereka dibawa masuk ke negara ini.Peguam, Nurul Hafidzah Hassan berkata, malah ia boleh mencapai RM30,000 hingga RM40,000 untuk kanak-kanak perempuan dan wanita bernikah di Malaysia.Menurutnya, ejen Rohingya akan membuat pembayaran kepada ejen Myanmar lengkap dengan nama dan butiran individu yang perlu dibawa masuk ke Malaysia."Selepas urusan pembayaran selesai, individu terbabit akan diambil menggunakan bot kecil di pesisiran pantai Myanmar sebelum dipindahkan ke bot yang lebih besar di Bangladesh."Mereka akan tukar bot lagi di tengah laut kemudiannya melalui perairan Thailand dan Indonesia sebelum menunggu ketibaan bot-bot lain yang mengambil alih perjalanan."Kemudian, kumpulan migran terbabit dipercayai akan diambil oleh tekong laut (Malaysia) dan tukar bot lagi kepada yang lebih kecil untuk masuk laluan tempatan," katanya menerusi laman Facebook pada Rabu.Maklumat tersebut diperoleh hasil pengalaman beliau mengendalikan kes anggota polis yang didakwa di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) dan Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM).Tambah Nurul Hafidzah, sebaik tiba di daratan, mereka dipercayai dibawa menggunakan lori oleh individu yang bertindak sebagai tekong darat (Malaysia).Jelasnya, mereka kemudian ditempatkan di rumah-rumah transit yang disewa oleh ejen Rohingya di Malaysia sementara menunggu proses penghantaran ke destinasi seterusnya."Kumpulan itu akan dijemput menggunakan kenderaan lain sebelum dihantar secara berperingkat ke lokasi-lokasi yang telah ditetapkan."Penghantaran biasanya dilakukan dalam kumpulan kecil," katanya.Nurul Hafidzah turut mendedahkan kebanyakan operasi dilakukan dalam keadaan rahsia dan tertutup berjaya namun yang dimaklumkan serta ada laporan setiap pergerakan pula gagal."Nak hapuskan penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI) Rohingya? Kita semua perlu hapuskan tali barut, bukan hapuskan orang yang bekerja dengan baik dan jujur demi negara."Alhamdulillah anak guam dan kesemua yang lain sudah pun dilepaskan dan dibebaskan. Semoga jadi pengajaran untuk semua," ulasnya.

Go to News Site