Collector
Giriş Yap
Warga emas melecur, rumah dua tingkat musnah | Collector
Warga emas melecur, rumah dua tingkat musnah

Warga emas melecur, rumah dua tingkat musnah

NIBONG TEBAL- Seorang warga emas melecur pada lengan kiri selepas rumah dua tingkat yang didiaminya di Kampung Changkat Dain, Sungai Bakap di sini terbakar dalam kejadian pada tengah hari Rabu.Dalam kejadian kira-kira jam 12.43 tengah hari itu, lelaki yang berusia 72 tahun bagaimanapun berjaya menyelamatkan diri sebelum pasukan bomba tiba di lokasi.Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut lalu bergegas ke lokasi kejadian."Kebakaran melibatkan sebuah rumah dua tingkat jenis separa kekal berkeluasan kira-kira 40 x 80 kaki persegi."Anggaran kemusnahan akibat kebakaran adalah sebanyak 80 peratus," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.Beliau berkata, mangsa mengalami kecederaan melecur tahap satu pada lengan kiri dan diberikan rawatan awal oleh pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perubatan Kecemasan (EMRS) sebelum dihantar ke Hospital Sungai Bakap untuk rawatan lanjut.Menurutnya, komander operasi mengarahkan anggota menjalankan operasi pemadaman menggunakan kaedah ofensif dan defensif bagi mengawal serta memadam kebakaran."Operasi berjaya dikawal pada jam 1.08 petang dan kebakaran dipadamkan sepenuhnya pada jam 1.20 petang."Anggota bertugas kemudiannya menjalankan kerja-kerja pemeriksaan dan 'overhaul' bagi memastikan tiada lagi punca kebakaran yang boleh mencetuskan api," katanya.Menurutnya, operasi melibatkan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Bakap bersama bantuan BBP Nibong Tebal selain dibantu Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Valdor."Seramai16 anggota termasuk penyelia terlibat dalam operasi itu dengan menggunakan sebuah jentera Fire Rescue Tender, sebuah kenderaan Hazmat, sebuah Light Fire Rescue Tender dan sebuah EMRS."Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 3.11 petang dan kes diserahkan kepada Pasukan Penyiasatan Kebakaran untuk siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca kejadian."Pusat Sehenti Pasca Insiden (PSPI) turut memberikan khidmat nasihat kepada pemilik rumah serta membantu menguruskan keperluan berkaitan mengikut keadaan semasa," katanya lagi.

Go to News Site