Collector
Giriş Yap
Treler hilang kawalan, pemandu positif dadah | Collector
Treler hilang kawalan, pemandu positif dadah

Treler hilang kawalan, pemandu positif dadah

BENTONG – Seorang pemandu lori treler didapati positif dadah jenis methamphetamine selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 0.5 Jalan Bentong-Karak berhampiran simpang Bentong Avenue pada Rabu.Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, dalam kejadian kira-kira jam 8.10 pagi itu, lelaki berusia 37 tahun yang memandu lori membawa muatan cip plastik dipercayai hilang kawalan sebelum terbalik ke sebelah kanan jalan. "Siasatan mendapati lori treler tersebut sedang dalam perjalanan dari arah Bentong Makmur menuju ke Kuala Lumpur dan kemudian terbalik selepas hilang kawalan."Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan pemandu tidak mengalami kecederaan. Hasil ujian saringan air kencing mendapati lelaki terbabit positif methamphetamine," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 manakala siasatan berkaitan penyalahgunaan dadah dijalankan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.Katanya, siasatan lanjut masih dijalankan bagi melengkapkan keterangan dan mengenal pasti punca kejadian secara menyeluruh.Sehubungan itu, Zaiham menasihatkan semua pengguna jalan raya, khususnya pemandu kenderaan berat dan perdagangan agar sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas."Pastikan keadaan fizikal dan mental berada pada tahap yang baik sebelum memandu serta menjauhi penyalahgunaan dadah yang boleh membahayakan keselamatan diri dan pengguna jalan raya lain," katanya.

Go to News Site